Kang Gary Delete Semua Gambar di IG, Muat Naik Gambar Bersama Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook

Selepas pengumuman Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook meninggalkan program Running Man, kawan karib mereka, Kang Gary memadam kesemua gambarnya di Instagram. Bukan itu sahaja, Kang Gary juga berhenti follow sesiapa sahaja yang difollow di Instagramnya termasuk Siti Nordiana sebelum ini.

Keputusan dia memadam semua gambar menimbulkan tanda tanya peminat. Namun, baru sahaja beberapa minit Kang Gary memuat naik gambarnya bersama dua kawan karibnya itu, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Mungkin terkesan dengan keputusan mereka berdua.

Mungkin sebelum ini , Gary turut mengetahui yang Song Ji Hyo dan rakan baiknya Kim Jong Kook bukan sengaja keluar dari Running Man tetapi telah dipaksa untuk keluar kerana pihak SBS telah menukar gaya program yang mereka inginkan.

Sebagai tanda prihatin, Kang Gary telah memuat naik gambar mereka bertiga sebagai simbolik kepada kejadian tersebut.

Sebelum ini, Kang Gary telah keluar dari Running Man kerana faktor ingin fokus dengan nyanyian, tidak lama kemudian Song Ji Hyo dan Kimg Jong Kook pula memberitahu akan meninggalkan Running Man.

Setelah 6 tahun bersama, program itu seakan sudah tidak ada serinya lagi apabila nama-nama besar mulai mengundurkan diri.

Komen jika anda seorang peminat Running Man sejak dulu!

Sumber: Allkpop

BACA: Song Ji Hyo Dan Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *