Kajian: Orang Lelaki Paling Ramai Terbeban Dengan Hutang

Kajian: Orang Lelaki Paling Ramai Terbeban Dengan Hutang

                                                                    www.shopforoffers.com

Selalunya tabiat boros ini sering dikaitkan dengan wanita kerana sifat mereka yang gemar kecantikan dan sanggup ikat perut demi kelihatan cantik di pandangan mata umum.

Persoalannya sekarang, adakah benar wanita lebih boros berbanding lelaki?

FAKTA: Lelaki berusia 40 tahun ke atas paling ramai berhutang

Mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), berdasarkan kes yang diterima, ramai lelaki berusia 40 tahun ke atas yang datang untuk mendapatkan kaunseling mengurus wang termasuk nasihat untuk menyelesaikan hutang.

Selalunya, lelaki pada peringkat usia ini dianggap mempunyai kehidupan yang lebih stabil serta kewangan yang kukuh.

FAKTA: Individu berpendapatan RM2,000 paling ramai berhutang

Kajian: Orang Lelaki Paling Ramai Terbeban Dengan Hutang

Dari segi purata gaji, individu berpendapatan kurang RM24,000 setahun adalah yang paling tinggi berdepan masalah hutang iaitu seramai 48,647 (52.6 peratus).

Faktor utama masalah kewangan kerana perancangan kewangan lemah, kos perubatan tinggi, kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *