Kaedah Mudah Susun Barang

Kaedah Mudah Susun Barang

MJ de Leon

Mengemas dan menyusun barangan di dalam beg untuk dibawa bercuti, seringkali mendatangkan masalah. Dilema ini mungkin tidak ketara dalam kalangan lelaki  memandangkan mereka gemarkan kesederhanaan.

Ikuti tip ini bagi mengetahui langkah efektif untuk mengemas barangan untuk dibawa bercuti.

1. Gulung, jangan lipat

Ramai pengembara yang membawa keperluan pakaian untuk sebulan bagi setiap perjalanan dalam sebuah beg sandang bersaiz kompak mengakui kaedah menggulung pakaian lebih efektif berbanding melipat.

Pakaian yang digulung secara ketat dapat menjimatkan ruang dalam beg sekaligus membuatkan lebih banyak barangan dapat diisi.

Tambahan pula, kesan kedutan dan lipatan pada pakaian kurang kelihatan.

baju5

Arti Sebuah Perjalanan

ads-pomade_updated

2. Pilih pakaian yang nipis

Sekiranya percutian anda memerlukan banyak pakaian untuk tempoh masa yang lama, sebaiknya pilih pakaian nipis yang mudah untuk diuruskan.

Namun, jika berhasrat untuk bercuti pada musim sejuk dan membawa baju panas tebal dan jean, alternatif lain ialah menggantikannya dengan pilihan yang lebih mesra kembara seperti pullover bulu mikro dan seluar ringan daripada fabrik tahan cuaca.

wholesale-bulk-plain-thin-white-t-shirts

Alibaba

3. Tahan kedut

Tidak semua kawasan yang dituju mempunyai akses terhadap bekalan elektrik terutamanya seterika untuk menggosok pakaian. Langkah terbaik, pek jenis pakaian yang tahan kedutan seperti fabrik poliester, nilon atau mikro serat.

Pemilihan fabrik kapas terutama jenis polos tidak digalakkan untuk kegunaan sewaktu melakukan aktiviti luar seperti berkhemah kerana kedutan yang timbul membuatkan pemakainya kelihatan tidak terurus.

wrinklefreeheader

Dappered

4. Susun Berlapis

Terdapat dua jenis lapisan yang perlu diambil kira. Pertama, pakai beberapa lapis pakaian pada satu masa terutama ketika mengunjungi negara beriklim dingin supaya set pakaian itu lebih mudah diatur.

Misalnya, anda memakai baju – T, baju panas dan kemeja untuk menaiki pesawat pada hari ini. Esoknya, ubahlah susunannya dengan menjadikan baju panas sebagai lapisan paling luar sewaktu berjalan-jalan.

Ia bukan sahaja memberikan kehangatan, malah ruang dalam beg pakaian juga dapat dimanfaatkan. Kedua, susun barangan di dalam bagasi mengikut lapisan bagi memudahkan pemeriksaan kastam. Susunan kemas, contohnya pakaian pada lapisan bawah, diikuti kasut dan barangan elektronik pada bahagian atas atau membantu memudahkan pegawai keselamatan memeriksa kandungan bagasi.

Lebih cepat proses pemeriksaan itu selesai, lebih cepatlah anda dapat melepasi kaunter imigresen seterusnya memulakan kembara di tanah asing.

1425886121356178865

Lifehacker

ads-facial-bar

5. Kain sarung

Tidak perlu beria-ria membawa tuala tebal yang gebu sewaktu melancong kerana pastinya ia memakan ruang yang besar.

Alternatif terbaik, bawa kain sarung. Ia jauh lebih murah dan pelbagai guna. Anda boleh menggunakannya sebagaia pakaian lilit, alas duduk atau untuk mengeringkan badan. Kain sarung juga ringan dan cepat kering biarpun dalam cuaca lembab.

traditional-batik-design-top-quality-mens-sarong-in-brown-8

1 World Sarongs

Jika anda ada sebarang tip lain untuk menggembara boleh komen di bawah!

Sumber: Kosmo

BACA: 3 Cara Berkesan Untuk Membina Kebiasaan Mengurus Pakaian

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *