Jurulatih Sukan dengan Bayaran Tertinggi 2017

Sumber gambar: Football Oranje

Pep Guardiola – Manchester City FC – $18.7 Juta

Ketua Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola ialah jurulatih dengan bayaran terbaik di dunia. Lelaki 45 tahun ini sebelum ini pernah melatih FC Barcelona dan Bayern Munich, memenangi trofi dan anugerah untuk kedua-dua kelab. Sebagai bekas pemain bola sepak, beliau pernah bermain untuk Eropah dan Qatar. Pep Guardiola mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Jerman, dan Sepanyol. Beliau pernah menerbitkan buku berjudul ‘’La meva gent, el meu futbol’’ (Orangku, Bola Sepakku).

 

Sumber gambar: Sky Sports

Jose Mourinho – Manchester United – $18.7 Juta

Ketua jurulatih bagi bola sepak Portugis dan Manchester United ini merupakan salah seorang pengurus yang penuh kontrovesi. Selepas bersama Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid, beliau kembali ke Chelsea. Jose Mourinho ialah pelatih yang menjadi rebutan dan berjaya di mana sahaja beliau pergi. Pesaing beliau ialah ketua jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yang pernah menggelar beliau “Pakar Kegagalan”.

 

Sumber gambar: Alchetron

Carlo Ancelotti – Bayern Munich FC – $13.7 Juta

Ketua Jurulatih Bayern Munich ini merupakan salah seorang jurulatih sukan paling berjaya dalam arena bola sepak. Ancelotti pernah dipilih Sir Alex Ferguson untuk menggantikan beliau di Manchester United. Pernah memenangi trofi Eropah yang paling didambakan iaitu Champions League bersama AC Milan sebagai pemain dan paling terkini bersama Real Madrid sebagai ketua jurulatih. Tidak ada seorang pemain pun pernah bercakap buruk tentang jurulatih Itali ini.

 

Sumber gambar: Sporting News

Gregg Popovich – San Antonio Spurs – $11 Juta

Spurs menghabiskan masa lebih 15 tahun bersama ketua jurulatih yang bernama Gregg Popovich ini. Berjaya meraih empat kejuaraan untuk spurs, beliau merupakan satu-satunya jurulatih yang aktif dengan lebih daripada satu kemenangan. Pernah berkhidmat selama ima tahun dalam ketenteraan AS, sebelum ke NBA beliau ialah pelatih untuk pasukan bola keranjang Ketenteraan AS.

 

Sumber gambar: Time Best

Glenn ‘’Doc’’ Rivers – Los Angeles Clippers – $10 Juta

Glenn Rivers ialah ketua jurulatih Clippers, dan Naib Presiden Kanan untuk Operasi Bola Keranjang. Beliau bersama Boston Celtics selama sembilan musim, menjadikan mereka juara NBA 2008. Pasukan-pasukan sebelum ini termasuk New York Knicks, San Antonio Spurs, Atlanta Hawks dan the Clippers sebagai pemain, dan Orlando Magic, Boston Celtics dan terkini Clippers sebagai jurulatih. Glenn menyertai NBA sebagai pemain pada tahun 1983. Beliau dikenali sebagai orang yang sukakan privasi dan menjauhkan diri daripada kontrovesi.

Baca lagi: Mitos Dan Fakta Penyebab Paru-Paru Basah, Kamu Wajib Tahu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.