Jom Habiskan Masa Anda Hari Ini Dengan Menonton Vlog Casey Neistat

Jom Habiskan Masa Anda Hari Ini Dengan Menonton Vlog Casey Neistat

Major Oats

Apa yang anda selalu lakukan jika ada masa kelapangan hari ini? Apa kata anda buka youtube dan mulakan pencarian ke Casey Neistat kerana beliau merupakan vlogger yang terkenal di dalam pelbagai aktiviti mewah.

Tapi apakan daya pada November dahulu beliau telah menamatkan aktiviti ber-vlognya tetapi itu bukan sebab untuk kita berhenti menonton beliau.

Dia mula memuat naik video aktivitnya beberapa tahun lalu dan semenjak dari itu dia mula mendapat peminat setia. Video yang dimuat naik berjumlah 419 dengan rakaman selama 2 hari 11 jam  50 minit.

Untuk mengisi masa anda,  Moritz Kobrna bercadang untuk membuka laman web 24/7 Casey Neistat , di blog itu nanti mereka yang menonton video itu akan dapat berinteraksi secara live bersama penonton yang lain. Nanti di sana akan ada ruangan komen yang boleh berinteraksi bersama  Casey Neistat di video dia bermain papan luncur salji di sekitar bandar New York.

“Saya bukanlah peminat video vlog, tapi apabila saya mula menonton vlog yang dirakam oleh  Casey Neistat membuatkan saya ketagih, saya boleh menonton video yang berlainan dan tahu-tahu sahaja saya sudah menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer.”

Jika diimbas kembali banyak pengalaman yang dikongsi bersama dari episod pertama sehingga yang terakhir.

Lelaki ini memang popular dengan merakam aktiviti jelajahnya ke seluruh dunia dengan berkongsi pengalaman di dalam kapal terbang, perjalanan dan makanan yang dimakan setiap kali berada di luar negara.

Komen di bawah!

Sumber: The Next Web

BACA: Pelakon Aidil Terlepas Hukuman Gantung

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.