1000 Pasangan Bertemu Jodoh Kerana Bantuan Lelaki Ini

Jodoh adalah ketentuan Illahi. Tiada siapa di dunia ini yang dapat mengetahui siapa jodohnya. Walaubagaimanapun, sebagai manusia, kita harus berusaha untuk bertemu dengan jodoh kita.

Kita boleh berusaha secara bersendirian ataupun kita boleh juga menggunakan khidmat syarikat pencari jodoh seperti yang dijalankan oleh Zainudin Md. Jaafar dari Agensi Mencari Jodoh.

Sumber gambar: m.utusan.com.my

Zainudin sudah menjalankan perkhidmatan selama 10 tahun dan dalam tempoh itu beliau telah membantu hampir 1000 pasangan bertemu jodoh.

Walaupun dalam era masa kini, ramai orang lebih gemar menggunakan internet melalui media sosial untuk mencari jodoh, Zainudin tetap percaya bahawa cara tradisional beliau untuk mencari jodoh adalah lebih berkesan.

Menurut Zainudin, sepanjang pemerhatian beliau menjalankan perkhidmatan ini, kaum lelaki di negara ini lebih gemar memilih wanita utara sebagai isteri.

Janna Nick berasal dari Kedah ye tuan-tuan! (Sumber gambar: www.kakigosip.com)

Namun begitu, sehingga kini, beliau sendiri tidak dapat memastikan mengapa kaum lelaki yang mencari jodoh menggemari wanita dari sebelah utara. Pasti ada keistimewaan pada wanita utara yang menyebabkan kaum lelaki terpikat.

Selain wanita di sebelah utara, kaum lelaki turut memilih wanita dari Johor untuk dijadikan isteri. Manakala, lelaki dan wanita dari Kelantan lebih cenderung memilih pasangan yang sama negeri.

Zainudin juga mendapati bahawa kaum lelaki yang menggunakan khidmatnya adalah lebih cerewet berbanding dengan kaum wanita. Ini kerana, terdapat lelaki yang suka memilih ‘pucuk muda’ sedangkan dirinya sudahpun berada di hujung usia.

Walaupun telah membantu ramai orang bertemu jodoh, Encik Zainudin memaklumkan bahawa dia hanya menjadi penunjuk jalan kepada lelaki dan wanita yang serius mahu berkahwin tetapi segala ketentuan itu bergantung kepada Allah S.W.T.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.