Jimmy Bullard: Pemain Bola Sepak Yang Diingati Kerana Sifat Kelakarnya

Jimmy Bullard bukanlah pemain sehebat Cristiano Ronaldo ataupun Lionel Messi. Beliau tidak pernah memenangi sebarang anugerah antarabangsa sepertimana dua pemain bintang yang disebut tadi. Namun begitu, nama Jimmy Bullard masih tetap diingati kerana keistimewaan yang dimilikinya.

Sebelum itu, ingin sekali kami berkongsi dengan anda sedikit sebanyak latar belakang tentang Jimmy Bullard.

Jimmy Bullard sebenarnya lebih dikenali semasa beliau bermain dengan pasukan Hull City, Fulham dan juga Wigan Athletic. Walaubagaimanapun, beliau memulakan karier profesionalnya di kelab bernama Gravesend & Northfleet pada tahun 1998.

Kredit foto: Topsy.fr

Kredit foto: Topsy.fr

Selepas itu, Bullard bermain selama dua musim di Peterborough United dan kemudian berpindah ke Wigan Athletic. Setelah menabur bakti di Wigan dengan 145 penampilan, Bullard berpindah pula ke Fulham.

Di Fulham, Bullard hanya membuat penampilan sebanyak 39 kali dan berada di Fulham bermula dari tahun 2006 hingga 2009. Kemudian, beliau berpindah ke Hull City dan kekal di sana sehingga tahun 2011.

Selepas bermain dengan Hull City, Bullard berpindah pula ke Ipswich Town sebelum mengakhiri kariernya di Milton Keynes Dons. Pada 1 Oktober 2012, Jimmy Bullard mengumumkan persaraannya dek kerana kecederaan lututnya menyebabkan beliau tidak mampu bermain pada tahap terbaik beliau.

Jika dilihat pada kisah dan perjalanan hidup Jimmy Bullard, tiada pencapaian cemerlang yang berjaya diraih olehnya. Namun begitu, nama Jimmy Bullard diingati kerana beliau adalah pelawak untuk mana-mana pasukan yang beliau wakili.

Oleh itu, kami telah senaraikan di sini 4 kisah yang menunjukkan bahawa Jimmy Bullard adalah seorang pemain yang kelakar dan juga boleh dikatakan sebagai seorang pelawak semulajadi.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

ads-pomade_updated

Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

#1. Nak Takut Ke Nak Marah?

Insiden ini berlaku ketika pertemuan di antara Wigan Athletic menentang Everton. Pada ketika itu, salah seorang pemain Everton iaitu Duncan Ferguson dilihat seperti sengaja menumbuk salah seorang pemain Wigan.

Akibat tindakan itu, kesemua pemain daripada kedua-dua pasukan telah mengelilingi Duncan Ferguson dan termasuklah juga Jimmy Bullard. Yang kelakarnya ialah semasa Bullard datang menghampiri Ferguson, beliau telah membuat mimik muka dalam keraguan sama ada hendak rasa marah dengan tindakan Ferguson ataupun takut dengan muka Ferguson yang bengis itu.

bullard-4

#2. Lompatan Mengejut

Insiden ini juga berlaku ketika Wigan menentang Everton. Pada ketika itu, telah berlaku perebutan bola betul-betul di depan pintu gol Everton. Kekecohan ini menyebabkan penyerang Wigan cuba hendak menjaringkan gol.

Tetapi, tidak semena-mena, Jimmy Bullard tiba-tiba berlari masuk ke dalam kotak penalti dan seterusnya melompat di atas pemain-pemain yang sedang merebut bola. Semua pemain jadi terpinga-pinga sebab tidak faham mengapa Bullard berbuat begitu dan seterusnya pengadil telah menghentikan permainan akibat tindakan Bullard tersebut.

Kredit foto: Mirror

Kredit foto: Mirror

#3. Nak Ambik Gambar Saya Ke?

Insiden ini pula berlaku ketika mana sedang berlangsungnya sesi bergambar pemain-pemain dalam Liga Perdana Inggeris. Gambar-gambar ini hendak digunakan semasa sesi pengenalan pemain semasa perlawanan yang akan disiarkan secara langsung di televisyen.

Jimmy Bullard sekali lagi telah menunjukkan aksi komedinya dalam sesi bergambar ini. Jurugambar terpaksa berulang kali mengambil gambar Bullard sehingga ia benar-benar elok dan sempurna.

ads-beard-oil

Kredit foto: Boxofficefootball

Kredit foto: Boxofficefootball

#4. Saya Tiru Bos Ye

Cara Jimmy Bullard meraikan jaringan ini boleh dikatakan antara yang paling diingati oleh para peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris. Pada ketika ini, Jimmy Bullard yang bermain untuk Hull City sedang menentang kelab Manchester City.

Jimmy Bullard berjaya menjaringkan gol dari sepakan penalti dan meraikan jaringannya dengan cara yang cukup kelakar. Beliau mengarahkan rakan-rakan sepasukannya untuk duduk di sekelilingnya dan seterusnya membuat gaya sedang memberi nasihat sepertiman yang pernah dibuat oleh pengurus mereka iaitu Phil Brown.

Phil Brown membuat gaya yang dibuat oleh Bullard semasa mereka tewas 4-1 kepada Manchester City pada pertemuan pertama. Tetapi untuk pertemuan kali kedua ini, jaringan Bullard berjaya membantu Hull City mendapat 1 mata.

Walaupun Jimmy Bullard tidak berjaya memenangi sebarang piala mahupun anugerah, Bullard tetap berjaya meninggalkan secebis memori kepada sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Liga Perdana Inggeris.

Jimmy Bullard juga menunjukkan bukti bahawa dalam kerjaya kita tidak perlu terlalu serius, kadangkala sedikit unsur hiburan dan komedi juga perlu diselitkan untuk memberi ketenangan semasa bekerja.

Anda pula bagaimana? Adakah anda rasakan ada pemain bola sepak yang lain yang boleh melawak seperti Jimmy Bullard buat? Jika ada, jangan segan-segan tinggalkan komen anda di bawah ye.

Baca lagi: Pemain Bola Sepak Yang Pernah Popular Kerana Penipuannya Yang World Class

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.