Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

Bercerita sahaja tentang kasut pasti lelaki di luar sana sudah berfikir jenis kasut yang ada dalam simpanan, dari kasut berjalan sehinggalah ke kasut sukan semuanya ada jenis yang tersendiri.

Bercakap pasal kasut ni, pasti ramai yang teruja kerana kasut juga merupakan antara salah satu fesyen yang seringkali dilihat oleh orang lain selain barang perhiasan yang lain.

Kasut juga seringkali dipadankan dengan jenis baju dan aksesori lelaki yang digunakan.

Jangan pula jadi mangsa fesyen dengan menggayakan kasut tidak sesuai dengan umur.

Disebabkan terlalu banyak jenama dan jenis kasut di pasaran pasti lelaki di luar sana menjadi rambang mata nak pilih kasut yang mana. Asalkan kita tidak berhutang itu sudah cukup baik untuk berbelanja ke kasut idaman.

ads-pomade_updated

Dress Shoes

Kasut ini seringkali digunakan ketika adanya majlis formal seperti majlis makan malam dan graduasi. Selain daripada majlis formal kasut ini seringkali digunakan ketika berada di pejabat. Kasut ini ada pelbagai jenis ada yang muncung ke hadapan dan orang selalu memakai kasut ini dengan seluar slack fit. Memang nampak stylo dari jauh!

Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

                                                                   www.allamodafashion.com

Sneakers

Kasut jenis ini sesuai digayakan ketika berjalan di shopping mall, ikutkan kebanyakan lelaki pasti ada menyimpan lebih dari sepasang kasut jenis ini. Jenis sneakers ini seringkali menjadi pilihan kerana jenisnya yang ringkas. Boleh dibawa ke kelab malam juga. Takkan kita nak berjalan di kelab malam dengan memakai selipar jepun kan? Tak salah untuk melabur duit pada kasut jenis ini kerana sudah pastinya anda akan memakai kasut ini sehingga lunyai.

Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

                                                                   www.highsnobiety.com

Loafers

Tak ramai lelaki yang memilih untuk memakai kasut jenis ini kerana seperti kebanyakan lelaki kasut pilihan mereka adalah jenis sneakers. Namun bagi lelaki urban memang loafers menjadi satu kewajipan. Apatah lagi dipakai dengan seluar pendek paras lutut. Loafers ini memang seperti dress shoes tapi rekaannya lebih ringkas berbading dress shoes.  Loafers ini memang direka untuk dipakai setiap harian dan yang pasti pada hari biasa pasti ramai yang anda jumpa berjalan dengan kasut jenis ini.

Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

                                                          www.newfashionsociety.com

ads-hair-tonic

Moccasins

moccasins juga adalah kasut terakhir yang berada dalam ketegori  casual shoe. sekarang kasut jenis ni dah mula jadi panas dalam pasaran.  kalau korang nak tau kasut jenis ni ada 2 jenis, yang pertama dibuat dari kain yang ringan dan lembut dan yang lagi satu dari item yang agak keras. ada jenis yang 1 warna saja dan ada juga yang ada campuran warna macam maroon disisi, bahagian atas merah dan talinya bewarna hijau apple. yang ni kalau dipadankan dengan skinny pendek atau dikenali skinny 3 suku kat sini (paras bawah lutut) atau kita gayakan dengan skinny tapi lipat sikit seluar tu paras bawah lutut, lepas tu pakai coat atau blazer dengan baju kemeja kat dalam memang in sangat, atau pakai t-shirt atau body shirt dengan seluar style sama di atas tambah hat memang stylo, ada pulak cermin mata putih bingkai besar.
Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

Running shoes

Kasut jenis ini penulis tengok ramai juga jadikan ia sebagai kasut harian kerana senang bergerak dan kadang-kadang itu dengan keadaan kita yang harus berkejar-kejar untuk menaiki tren memaksa kita untuk berlari. Oleh itu kasut jenis ini amat sesuai. Ditambah dengan fesyen sekarang yang menggunakan warna terang sebagai daya penarik memang ramai lelaki yang memilih warna terang seperti warna oren, hijau dan juga kuning.

Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

                                                                           www.mensfitness.com

Basketball shoes

Mulanya digunakan oleh Justin Bieber, selepas menjadi fenomena selebriti itu sehingga kini kasut jenis ini menjadi ikutan ramai. Rekaannya yang sedikit meninggi di bahagian atas buku lali menyerlahkan lagi gaya si pemakai.

Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

                                                                                     www.designboom.com

Kongsikan kepada kami jenis kasut lelaki yang mungkin penulis tidak senaraikan.

BACA: Ucapan Maaf Buat Pasangan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *