Jenis Jaket Yang Bergaya Menjadi Pilihan Fesyen Lelaki Sekarang

GQ.com

Siapa sahaja yang merasakan hanya dengan tshirt sahaja anda boleh tampil menarik? Mungkin jika anda seorang selebriti jawapannya adalah ya. Itu kerana mereka merupakan seorang selebriti oleh yang demikian apa yang mereka pakai walhal barangan yang tiada kualiti pun tetap nampak hebat di mata anda. Berlainan pula dengan lelaki biasa seperti anda, dengan memakai tshirt di tambah dengan jaket terkini pasti menarik lebih ramai mata wanita untuk memandang ke arah anda.

Jaket ini tidak semua boleh menggayakan dengan baik, jaket perlu dipakai dengan gaya yang tersendiri dan tidak ramai yang mampu bergaya dengan jaket untuk tempoh masa lebih dari 3 jam. Ini mungkin disebabkan ketidak selesaan anda sendiri ketika memakai ataupun mungkin cuaca yang tidak sesuai untuk memakai jaket di negara ini.

Apa yang penulis boleh sarankan ialah bagaimana dengan memakai jaket ketika anda keluar malam untuk menghadiri majlis makan malam ataupun keluar berlibur bersama rakan taulan?

Jom ikuti pilihan jaket yang boleh anda cuba nanti apabila pergi membeli-belah!

JENIS-JENIS JAKET LELAKI YANG POPULAR
 
Nak pakai tapi tak tahu jenis jaket lelaki? Sebenarnya terdapat banyak jenis jaket lelaki yang ada di pasaran. Kadang-kadang rambang mata tengok tapi kalau nak beli jaket, pilih jenis jaket yang sesuai dengan selera dan bentuk badan. Kat bawah ni adalah jenis-jenis jaket lelaki yang popular dan banyak dipakai oleh lelaki.

#1. Denim jaket

#2. Casual Jaket

#3. Lether Jaket

#4. Hoodie Jaket

Antara jaket lain yang ada dipasaran seperti Bomber Jacket, Field Jacket, Rider Jacket dan banyak lagi. Yang pasti, salah satu daripada jaket di atas mesti ada dalam koleksi jaket korang tahun ni.

CARA UNTUK BERGAYA DENGAN JAKET LELAKI

Bermacam-macam cara boleh digayakan dengan koleksi jaket lelaki terkini. Cara yang mudah, cari je video di You Tube tentang cara untuk bergaya dengan jaket. Taip je “how to style a jacket” dan macam-macam video yang korang boleh tengok untuk tiru cara bergaya dengan jaket. Gerenti korang akan nampak lebih maskulin dan penampilan diri lebih terserlah.

Sebagai contoh, kalau hujung minggu nak keluar berjalan-jalan, boleh padankan jaket denim kegemaran korang dengan sepasang seluar hitam atau black skinny, baju t-shirt berwarna putih dan sneakers atau kasut boots dengan warna yang sesuai.

Cara bergaya lelaki dengan jaket

Jaket lelaki amat fleksibel kerana boleh dipakai hampir pada bila-bila masa sahaja. Tapi kalau nak beli jaket tu, jangan beli jaket lelaki yang tebal kerana negara kita bukan beriklim sejuk sepanjang masa. Beli jaket yang selesa dan sesuai dengan musim yang ada di negara ni.  Pastikan jugak jaket yang dipilih tu mudah untuk dipadankan dengan fashion item yang lain seperti baju t-shirt, seluar dan kasut. Ia adalah antara yang wajib harus ada dalam koleksi pakaian seseorang lelaki.
Sekarang ni banyak website online shopping Malaysia ataupun butik fesyen online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi baju jaket lelaki online dengan pilihan yang cukup meluas. Korang tak perlu keluar ke shopping mall untuk dapatkan item kegemaran ramai ni, sebaliknya boleh dibeli secara online!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *