Jenama Malaysia Setaraf Jenama Antarabangsa

Pembelian barangan buatan Malaysia dapat menggalakkan ekonomi negara seperti saranan Perdana Menteri. Ada golongan pembeli yang berminat untuk membeli barangan ‘branded’ disebabkan kualitinya yang bagus.

Persoalannya, ada atau tidak barangan berjenama yang datangnya dari Malaysia?

Selain jenama Mak Siti, Jimmy Choo, Zaitun, Qu Puteh dan sebagainya, di sini saya kongsikan serba sedikit barangan yang hasilnya dari anak tempatan tetapi penjenamaannya setaraf antarabangsa.

Mari kita lihat senarainya di bawah.

  • The Manhattan Fish Market

Kredit : Trip Advisor

The Manhattan Fish Market ini bukanlah berasal dari Manhattan seperti yang tertera pada namanya. Restoran ini diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh yang merupakan sahabat baik.

Idea mewujudkan restoran ini timbul dari sebuah restoran di Brooklyn. Restoran di sana diberi nama Fulton Fish Market yang berusia 180 tahun.

George Ang yang dipetik dalam akhbar The Star berkata, penjenamaan hasil anak tempatan ke taraf antarabangsa telah berjaya. Ini adalah kerana ramai rakyat Malaysia yang terkejut bahawa The Manhattan Fish Market ini adalah hasil anak tempatan.

Dan penjenamaan ini mengambil masa yang agak singkat dan terus meletup ke arena antarabangsa.

  • San Francisco Coffee

Kredit : Media Online

San Francisco Coffee ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. Dari nama Syarikat ini dapatlah kita ketahui bahawa di sebalik nama yang gah, kafe ini dimiliki oleh anak tempatan. Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. ini milik kepunyaan Daruk Abdul Rahim Zin.

Menurut pengurus kewangan Lyndarahim Ventures Sdn Bhd iaitu Nik Azwaa, San Francisco Coffee ini telah berkembang pesat dan mempunyai lebih 33 cawangan di sekitar Lembah Kelang.

Hebat bukan?

  • Gardenia

Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja... Imej dari Vulcanpost.com.

“Sungguh enak dimakan begitu saja.” Satu ‘tagline’ yang pastinya tidak lagi asing di Malaysia.

Gardenia juga berasal dari Malaysia dan mendapat penjenamaan bertaraf antarabangsa.

Kisahnya bermula pada tahun 1969. Seorang rakyat Amerika Syarikat, Horatio Sye Slocumm (Uncle Slocumm yang disebut-sebut dalam iklan Gardenia) telah dihantar ke Malaysia untuk memulakan perniagaan bakeri. Berbekalkan pengalaman 35 tahun di Amerika Syarikat, beliau berjaya menubuhkan Gardenia di sini.

Gardenia Bakeries adalah syarikat subsidiari kepada kumpulan syarikat makanan, QAF Ltd yang juga mengendalikan kilang-kilang Gardenia di serata Singapura, Filipina dan akan berkembang luas sehingga ke China.

  • Beryl’s

    Kredit : Facebook

Beryl’s merupakan satu lagi produk tempatan yang telah mendapat penjenamaan antarabangsa. Diambil bersempena nama klasik bagi kanak-kanak perempuan, Beryl’s membawa maksud batu permata yang bersih dan cerah.

Ditubuhkan pada tahun 1995, Beryl’s Chocolate diperbuat dari koko yang berasal dari Ghana. Pengasasnya merupakan seorang peribumi dari Sarawak.

Sehingga kini, Beryl’s telah mempunyai lebih 70 jenis coklat dan diimport ke serata dunia.

Untuk pengetahuan semua, Beryl’s juga telah mengeluarkan coklat yang berperisa durian dan cili. Coklat yang berperisa durian dari Beryl’s laku laris di Taiwan berbanding di Malaysia.

  • Vochelle

Kredit : Vochelle

Satu lagi jenama coklat yang setaraf dengan coklat antarabangsa ialah Vochelle.

Yang menguruskan pengeluaran, pengilangan, penjualan dan pemasaran Vochelle adalah sebuah syarikat yang dinamakan Maestro Swiss. Bunyi nama syarikat ini saling tak tumpah dengan Switzerland namun syarikat ini bukanlah berasal dari sana.

Ibu pejabat Maestro Swiss terletak di Pulau Pinang dan pejabat operasi utamanya terletak di Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Maestro Swiss juga terlibat dengan pengeluaran minuman Vico yang telah mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Kini, produk Maestro Swiss telah dieksport ke lebih dari 20 buah negara antarabangsa.

  • MAMEE Snacks and Noodles

Kredit : Mamee

Mamee adalah keluaran makanan sepenuhnya dari anak tempatan. Pada tahun 1975, produk pertama yang dikeluarkan Mamee adalah makanan ringan. Sedari itulah Mamee kemudiannya berkembang pesat kepada kategori mi segera.

Mamee mi segera dan makanan ringan dieksport ke Australia, Angola, Bahrain, Kanada, Cuba, Republik Czech, Ethiopia, Pulau Fiji, Perancis, Hong Kong, Indonesia, Iran, Kuwait, Maldives, Belanda, New Zealand, Oman, Papua New Guinea , Qatar, Scotland, Singapura, Pulau Solomon, Afrika Selatan, Switzerland, UAE dan UK.

  • IN-COMIX coffee dan tea

    Kredit : Incomix

Comix Food Industries Sdn Bhd adalah sebuah kilang di Malaysia yang telah mengeluarkan minuman campuran segera 3 dalam 1. Kopi Campuran Segera adalah teras perniagaan bagi syarikat ini semenjak tahun 1989 lagi.

Comix telah dianugerahkan dengan Anugerah Antarabangsa Gold Star dari Geneva pada tahun 2002. Produk yang sah dengan logo halal ini telah dieksport ke lebih daripada 20 buah negara termasuk negara-negara seperti Iran, Arab Saudi, UAE , Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura , Hong Kong , Brunei, Amerika Syarikat, Rusia , Turkmenistan , Ukraine , Georgia , Mongolia dan banyak lagi.

Comix yang membawa maksud kepuasan segera, kini terkenal, bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Banyak produk berjenama yang buatannya dari rakyat Malaysia. Kualiti produk ini sememangnya mantap dan telah Berjaya menjadi produk yang bertaraf antarabangsa. Demi  menyahut kempen kerajaan, belilah barangan berjenama buatan Malaysia dan sokonglah produk anak tempatan.

Baca lagi : Pemberita Tenang Membacakan Berita Kematian Suaminya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *