Janna Nick Adalah Aktres Yang Bijak Menggunakan Populariti

SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai pula selebriti yang memberanikan diri untuk keluar dari zon selamat mereka. Sebagai contoh, ada yang memberanikan diri untuk beralih kepada menyanyi atau mengacara termasuk menceburi bidang perniagaan.

Begitu juga bintang yang semakin meningkat naik, Janna Nick. Mula dikenali ramai dan melonjak namanya sebagai pelakon, Janna bijak menggunakan populariti yang diraihnya kini dengan menceburi bidang nyanyian.

Gambar hiasan: MH Online

Lebih bertuah apabila lagu tersebut pula kini mendapat sambutan ramai dan makin melonjakkan lagi nama Janna. Namun apabila menggerakkan karier lakonan dan nyanyian bersama dalam satu masa, pasti akan ada yang bertanya yang mana satu yang bakal menjadi fokus utama mereka.

“Kalau boleh saya ingin menggerakkan kedua-duanya seiring. Lakonan sudah menjadi jiwa sebenar saya tapi nyanyian pun saya minat. “Jika diikutkan nyanyian sememangnya boleh buat duit dengan mudah kerana kita hanya perlu menyanyi sahaja. Tapi takkanlah hendak menyanyi ikut suka hati sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

Gambar hiasan: Malay Mail Online

Jelas Janna, kesibukan jadual membataskan masanya untuk memasuki kelas vokal, namun dia tekad ingin mengeluarkan single kedua dalam masa terdekat ini.

“Alhamdulillah saya mendapat tawaran untuk drama 60 episod dari TV3 dan secara tidak langsung akan sibuk di set penggambaran selepas ini.

“Jadi untuk tidak nampak bagaikan hilang begitu sahaja, saya ingin mengeluarkan single terbaru. Saya masih memilih material yang agak sesuai dan berharap sempat merekodkan lagu tersebut  sebelum sibuk berlakon,” katanya. Tambah Janna, dia juga sangat berharap untuk dapat mengeluarkan album, namun kekangan masa membatasinya.

Gambar hiasan: Encik Shino

Ditanya mengenai kontroversi yang mula melanda sejak kebelakangan ini, Janna berkata, keadaan itu telah menyebabkan tanggapan orang terhadapnya sedikit sebanyak mula berubah. “Tidak dinafikan kontroversi yang itu sedikit sebanyak memberikan tempias pada nama saya.

“Tapi saya akan cuba untuk move on dan mahu membuktikan bahawa kontroversi ini tidak memberikan kesan kepada saya. “Alhamdulillah jika dinilai dari sudut tawaran berlakon, fokus kerja sememangnya tidak terjejas,” katanya.

Baca lagi: Inilah Dinosaur Terbesar Yang Pernah Dijumpai Mendiami Muka Bumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.