Jangan Keterlaluan, Kata Model Shell

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal atas perbuatan beberapa orang lelaki yang mengambil gambar sambil mencium dan membuat aksi-aksi lain ke atas potongan kadbod gambarnya yang terletak di stesen-stesen petrol Shell seluruh negara.

Sumber: MalaysiaUpdates

Gambar-gambar tersebut yang tular di media sosial, telah menaikkan kemarahan ramai orang yang mengatakan perbuatan lelaki-lelaki tersebut sebagai pencabulan dan seksis.

Nor Shafila Khairusalleh, 25, berkata beliau tidak menyangka ‘patung’nya itu, yang sepatutnya berfungsi untuk menceriakan susasana di stesen-stesen petrol, telah membawa kepada perbuatan seperti itu.

“Jika mereka hanya meletakkan tangan di bahagian mata, hidung atau memeluk potongan itu saya masih boleh menerimanya kerana ia hanyalah sebuah poster.”

“Tetapi saya merasakan sudah keterlaluan sekiranya ia ditujukan ke arah tingkah laku seksual.”

“Mereka mungkin bergurau tetapi saya rasa sangat malu diperlakukan sebegini walaupun ia hanya sekeping potongan kadbod.” Nor Shafila memberitahu mStar pada hari Ahad.

Nor Shafila, pengurus di stesen Shell di Perak, berkata suaminya berasa tidak selesa melihat gambar-gambar tersebut tetapi memahami situasi sebenar. Ramai yang menyuruh Shafila membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggung jawab, dan beliau menambah akan mempertimbangkannya jika situasi ini berlarutan.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Terkaya di Jerman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *