Janakuasa Elektrik Hibrid Kincir Angin-Hidro Dibina Di Jerman

Janakuasa Elektrik Hibrid Kincir Angin-Hidro Dibina Di Jerman

                                                                                    Tareqi Sensei

Penghasilan kuasa elektrik yang lebih lestari dan mesra alam sedang dibangunkan dengan pesat. Pergantungan manusia kepada bahan api fosil hanya akan memusnahkan alam sekitar dan menggelapkan masa depan generasi seterusnya. Di negara-negara maju penggunaan janakuasa kincir udara semakin maju dan berjaya menggantikan stesen janakuasa nuklear. Jerman ialah antara negara yang menghentikan penggunaan stesen nuklear selepas tragedi Fukushima.

kincir-hidro-jerman-janakuasa-2

Kini mereka melangkah setapak ke hadapan dengan pembinaan stesen janakuasa hibrid yang menggabungkan janakuasa kincir udara dan stesen hidroelektrik. Teknologi ini dibangunkan olehMax Bögl Wind AG dan GE Renewable Energy. Menara kincir udara setinggi 178 meter rekaan mereka mempunyai tangki yang menampung 1.6 Juta liter air. Apabila tiada angin untuk memutarkan kipas, air dari takungan akan dilepaskan dan menggerakkan turbin hidro yang terletak di lokasi berbeza. Pada waktu malam apabila keperluan tenaga elektrik menurun, air akan dipam semula ke dalam tangki air kincir udara.

ads-beard-oil

Stesen kipas-hidro ini akan beroperasi seawal 2018. Janakuasa kincir udara dapat menghasilkan 13.6 megawatt tenaga manakala stesen hidro pula menghasilkan 16 megawatt tenaga. Dengan teknologi baru ini Jerman semakin hampir kepada sasaran menghasilkan 45% keperluan tenaga dari sumber lestari menjelang 2030.

Sumber: Amanz

BACA: Kisah hidup Chong Wei kini jadi filem

Join us_New

 

1 Comment

  1. edi putra

    February 6, 2017 at 10:43 PM

    saya ingin sekali disponsori untuk rekayasa kincir air mode conveyor
    inersia mesin besar tidak sama dengan kincir konvensional
    jika berkenan mohon sponsor dari anda.
    mohon balasan gambar disain menyusul thank.s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *