James Braddock: Inilah Kisah Cinderella Yang Bukan Sebuah Kisah Dongeng

james braddock

Kredit foto: Getty Images

Pada tahun 1928, James Braddock adalah seorang peninju amatur yang berjaya yang telah mengalami keretakan di tangannya di beberapa tempat semasa beliau berjuang untuk memenangi kejuaraan tinju. Beliau kalah dalam perjalanan bergelar juara tetapi tetap terus bertinju dengan tangan yang cedera kerana beliau terdesak untuk dapatkan duit.

Akibat terus bertinju dengan kecederaan, karier tinjunya akhirnya terkubur dan lesen tinjunya telah digantung kerana beliau telah memalukan persatuan tinju dengan terus bertinju dalam kecederaan.

Peristiwa ini menyebabkan James Braddock mengalami kemurungan melampau dan akhirnya beliau menjadi penganggur dan tidak mampu untuk menyara kehidupan keluarganya.

Kredit foto: thefightcity.com

Untuk memastikan keluarganya terus hidup, James menunggu di pelabuhan untuk mencari pekerjaan. Untuk memastikan beliau mendapat kerja, James merahsiakan kecederaan tangannya daripada pengetahuan majikan. James dan keluarganya tetap meneruskan kehidupan dalam kemiskinan sehinggakan bekalan elektrik di rumahnya telah dipotong semasa musim sejuk dan beliau sekeluarga telah tinggal dalam kesejukan.

Namun begitu, pada tahun 1934, kelihatan ada sinar bahagia untuk James. Dengan bantuan pihak kerajaan, beliau telah diarahkan untuk menjadi peninju sementara. Memandangkan James sudah lama tidak bertinju, jadi bentuk badannya tidak kelihatan sasa dan seperti tiada stamina untuk bertinju. Ini menjadikan beliau kelihatan seperti lawan yang mudah untuk ditumbangkan.

Baca lagi: 5 Peninju Terhebat Sepanjang Zaman Yang Anda Patut Tahu

Kredit foto: Birografieonline.it

Apa yang terjadi adalah sebaliknya daripada sangkaan orang ramai. James Braddock berjaya mengalahkan lawan-lawannya yang rankingnya adalah lebih tinggi daripadanya. Hal ini telah mengejutkan para peminat sukan tinju. Dengan bantuan bekas pengurusnya, James berjaya mendapatkan semula lesen tinjunya.

Sebagai seorang peninju veteran yang dilihat seperti tidak ada peluang untuk bersaing, James berjaya menutup mulut para pengkritiknya apabila berjaya memenangi perlawanan demi perlawanan sehingga beliau berjaya mendapat peluang untuk merebut World Boxing Heavyweight Champion yang ketika itu dipegang oleh Max Baer – seorang peninju yang besar, tinggi dan pernah beberapa kali membunuh lawannya di dalam gelanggang.

Kredit foto: www.emaze.com

Dengan saiz badan James yang kecil berbanding Max, para peminat sukan tinju amat berharap agar James tidak terbunuh semasa berlawan dengan Max.

Dalam perlawanan untuk merebut kejuaraan heavyweight ini, James berdepan kesukaran untuk menundukkan Max. Beliau ditumbuk dengan sangat padu dan kuat sehinggakan tulang rusuknya patah semasa perlawanan.

Walaubagaimanapun, dengan semangat juang yang tinggi, beliau tetap gagah berdiri dan bangkit semula untuk memberi saingan kepada Max Baer yang mana akhirnya James Braddock berjaya mengalahkan Max Baer dan akhirnya dinobatkan sebagai World Heavyweight Champion yang baru.

Kredit foto: hudpost.com

Disebabkan kisah kebangkitan James Braddock yang mengkagumkan ini, beliau telah digelar sebagai ‘The Cinderella Man’ kerana kisahnya adalah sama seperti sebuah kisah dongeng. Daripada seorang peninju yang miskin, yang telah dilupakan, akhirnya beliau keluar dari kemiskinan dan kesusahan lalu bangun sebagai seorang juara.

Andainya James Braddock boleh berdepan segala kesukaran dan kesusahan dalam membawa dirinya menjadi seorang juara tinju dunia, takkanlah kita yang masih kuat dan gagah tidak boleh berusaha sepertinya untuk mencapai impian kita, betul tak?

Baca lagi: 5 Peninju Yang Memiliki Tumbukan Paling Padu dan Digeruni Lawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *