Jadual Pemakanan Untuk Mereka Yang Ingin Membina Badan

Pemakanan yang sihat dengan kuantiti kalori yang mencukupi adalah amat penting dalam aktiviti kecergasan yang melibatkan bina badan. Ramai yang masih keliru dalam corak pemakanan yang sesuai untuk bina badan. Mereka hanya menganggap dengan makan suplemen sahaja sudah mencukupi namun sebenarnya tidak

Amatlah penting untuk kita membuat jadual pemakanan yang berkesan jika kita ingin membina badan kita sendiri. Langkah ini adalah diperlukan dan penting supaya kita tidak terlebih mengambil kalori dalam tempoh sehari. Di bawah adalah contoh jadual diet harian pemakanan untuk bina badan.

Anda boleh meniru sahaja ataupun membuat jadual anda sendiri mengikut keperluan kalori anda. Katakanlah dalam sehari jika anda hanya mahu ambil 1700 kalori sahaja.

Jadi jadual diet dan pemakanan anda kemungkinan akan menjadi begini:

Gambar hiasan: Jacked Factory

Pukul 8.00 pagi:

  • Roti putih 2 keping = 156 kalori
  • Telur goreng 2 biji = 220 kalori
  • Air Milo segelas = 178 kalori
  • Jumlah = 554 kalori

Pukul 10.00 pagi:

  • Jus oren = 112 kalori
  • Karipap sebiji = 130 kalori
  • Jumlah = 242 kalori

Pukul 12.30 tengah hari:

  • Air kosong segelas = 0 kalori
  • Nasi putih separuh = 130 kalori
  • Ayam gorang = 225 kalori
  • Sayur = 30 kalori
  • Buah betik sepotong = 45 kalori
  • Jumlah = 430 kalori

Pukul 5.00 petang:

  • Teh tarik segelas = 83 kalori
  • Cekodok pisang saiz sederhana = 180 kalori
  • Jumlah = 263 kalori

Pukul 9.00 malam:

  • Nasi putih separuh = 130 kalori
  • Ikan gorang seekor = 140 kalori
  • Air kosong = 0 kalori
  • Jumlah = 270 kalori

Gambar hiasan: Jacked Factory

Jadi, jumlah keseluruhan untuk kalori yang anda telah ambil ketika ini ialah 1759 kalori. Nampaknya anda kelihatan seperti sudah terlebih daripada sasaran yang diingini iaitu 1700 kalori. Oleh itu, bagaimana langkah yang seterusnya pula? Itu mudah sahaja sebenarnya, kita memiliki dua pilihan:

  1. Kurangkan pengambilan kalori dalam jadual pemakanan anda
  2. Tambahkan aktiviti senaman untuk membakar jika terdapat kalori yang berlebihan.

Lebih baik jika anda pilih kaedah nombor dua. Maklumlah admin tahu ramai antara kita ini sememangnya suka makan. Anda boleh cuba untuk memperbanyakkan aktiviti berjalan kaki di ofis dan menggunakan tangga untuk naik ke tingkat atas daripada menggunakan lif.

  • Tambah berjalan kaki 5 minit = 22 kalori di bakar
  • Tambah naik tangga 5 minit = 53 kalori di bakar
  • Jumlah = 75 kalori di bakar
  • Maknanya, 1759 – 75 = 1684 kalori

Gambar hiasan: Jacked Factory

Akhirnya, kini anda berjaya untuk mencapai 1684 kalori. Bermaksud anda sudah berjaya untuk mencapai sasaran yang diingini.

Mudah bukan? Nasihat admin adalah jangan sesekali lepaskan waktu makan kerana ia boleh menurunkan kadar metabolisme di dalam badan. Seelok-eloknya cubalah untuk makan 5-6 kali sehari. Minum air kosong pula sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ok? Bukan susah sebenarnya untuk  mengambil pemakanan untuk bina badan, hanya perlu initiatif dan usaha yang lebih sahaja.

Baca lagi: Cegah Penyakit Kardiovaskular, Ayuh Kerja Sambil Berdiri Di Pejabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.