Iphone Terbaru Apple Bakal Punya ‘Cover’ Kaca?

Pelancaran telefon terbaru Apple semakin dekat. Kebocoran terbaru mengulas, iPhone 8 bakal memiliki cover atau dibalut dengan kaca yang mudah hancur.

Hal tersebut diceritakan oleh Benjamin Geskin, yang kerap membocorkan pelbagai perisian terbaru Apple, sebelum diterbitkan secara rasmi.

Gambar hiasan: Apple

Sebulan yang lalu, seorang penganalisis mengatakan bahawa tombol Home depan telefon akan hilang dan digantikan sistem pengenalan cap jari Touch ID sepenuhnya.

Penganalisis KGI Ming-Chi Kuo, mengirimkan sebuah laporan minggu ini, mendakwa bahawa Apple akan menjatuhkan ID cap jari untuk sistem pengenalan wajah yang baru.

Gambar hiasan: Apple

Penganalisis turut mengatakan, iPhone 8 akan menampilkan ratio layar ke badan tertinggi, jika dibandingkan dari setiap telefon yang ada di pasaran. Khabarnya, telefon juga tidak memiliki tombol berganda.

“Kami meramalkan model OLED tidak akan mendukung pengenalan cap jari, alasannya adalah rekabentuk layar penuh tidak sesuai dengan pengenalan cap jari dengan kapasiti yang ada, dan kemampuan pemindaian tembusan pada cap jari di bawah layar masih memiliki masalah teknikal,” ujar Kuo.

Gambar hiasan: Apple

Dia juga mendakwa akan ada perubahan di minit terakhir tapi tidak akan bererti penundaan pelancaran secara rasmi.

“Kerana iPhone OLED yang baru tidak akan menyokong pengenalan cap jari di bawah layar, sekarang kami tidak mengharapkan proses penerbitan untuk tertunda lagi (sebelumnya kami meramalkan ramp-up akan ditunda sampai akhir Oktober atau yang lebih baru),” katanya.

Baca lagi: Obor-Obor ‘Menyerang’ Dan ‘Merosakkan’ Suasana Percutian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *