Inilah Kenapa Anda Perlu Doodling Untuk Tingkatkan Kreativiti Anda

Inilah Kenapa Anda Perlu Doodling Untuk Tingkatkan Kreativiti AndaSumber gambar: Youtube

Adakah anda pernah tertangkap oleh majikan anda kerana menconteng memo penting dengan coretan kartun?

Semasa di sekolah, adakah guru anda pernah mendenda anda kerana melukis di atas meja, kasut dan kulit anda?

Hari ini, para doodler yang pernah menconteng ketika di bangku sekolah kini diangkat sebagai artis yang menakjubkan dengan pelbagai coretan yang kreatif.

Syarikat-syarikat seperti Dell,  Zappos, dan Disney adalah antara syarikat yang tidak sabar untuk mengupah pekerja doodling untuk mempromosikan syarikat mereka.

Mereka juga sanggup mengupah konsultan berbayar untuk membantu para doodler ini.

Mengapa perlu doodle?

Kajian telah menunjukkan bahawa doodling boleh meningkatkan memori jangka pendek dan panjang, mengekalkan kandungan memori dan menajamkan daya tumpuan.

Ia juga boleh menghasilkan wawasan yang kreatif, kerana “apabila minda mula terlibat dengan bahasa visual, anda akan mendapat akses neurologi yang anda tidak dapati apabila anda berada dalam mod linguistik,” kata Brown, pemilik konsultan kreatif, Sunni Brown Ink.

Sebahagian besar daripada kita membaca, menulis, dan bercakap untuk brainstorm, tetapi sebenarnya “minda manusia adalah sangat ‘habit forming’,” kata beliau.

Untuk memecahkan tabiat itu, anda perlu berfikir menggunakan medium yang tidak biasa iaitu medium visual.

Apakah untuk dilukis?

Latihan doodling yang disyorkan oleh Brown ini akan membantu anda untuk memikirkan semula perkara yang biasa dan membuat perhubungan di luar jangkauan.

“Atomisasi”

Sumber gambar: demilked.com

Ambil satu objek dan ceraikan ia ke dalam bentuk yang paling kecil secara visual.

Jika anda bermula dengan perkataan “racoon,” anda mungkin akan melukis cakar yang tajam, topeng perompak dan tong sampah.

Menurut Brown, “apa-apa elemen racoon sama ada badannya atau persekitarannya, itu akan menjadi suatu cara bagaimana kita melihat haiwan itu yang anda tidak terfikir tentangnya“.

Game-Storming

Sumber gambar: Youtube

Ambil dua perkara yang tidak berkaitan, seperti gajah dan ais krim dan lukisnya dalam bentuk ceraian.

Kemudian buat suatu lukisan secara rawak yang menggabungkan semua ceraian tadi bersama-sama.

Seperti batang kon atau telinga yang melebur.

Brown telah menggunakan teknik ini untuk membantu penulis dan wartawan memikirkan sudut cerita yang unik.

“Proses Peta”

Sumber gambar: sippdrawing.com

Anda menghadapi kesukaran untuk memikirkan sesuatu masalah?

Lukis satu paparan visual yang menggambarkan (secara literal) urutan peristiwa-peristiwa tersebut.

Brown menggelar teknik ini sebagai “sebab dan akibat doodle.”

Kadang-kadang, melihat perkara yang visual seperti gambar boleh membantu otak anda untuk memahami sistem yang kompleks lebih baik daripada perkataan.

Bagaimana untuk doodle?

Sumber gambar: Pinterest

Kebolehan anda untuk melukis lembu atau pokok dengan jitu tidak akan menjadikan doodling sebagai alat kreatif yang efektif.

“Ini bukan kelas seni,” kata Brown. Tetapi ianya membantu untuk mempunyai abjad yang visual.

Seperti ABC, Brown mengajar kliennya 12 bentuk asas termasuk titik, garis, sudut, pilin dan segi tiga.

“Apabila anda mendapati sesuatu abjad yang sesuai untuk anda, anda boleh mula untuk pecahkan huruf tersebut ke dalam komponen visual. Sebatang pokok akan menjadi satu garis yang lurus dengan sekumpulan garis-garis lain sebagai dahannya.”

Tidak lama kemudian, anda akan sedar bahawa anda boleh melukis hampir banyak objek berdasarkan abjad dan bentuk.

Doodling adalah yang terbaik kerana ia adalah seni yang spontan, yang bermaksud otak anda tidak perlu bimbang tentang bagaimana untuk melakar sesebuah objek.

Apa yang penting, kata Brown, adalah bahawa “doodle membolehkan anda melihat sesuatu yang anda tidak pernah melihatnya sebelum ini.”

Baca lagi: 5 Kaiju Asal Jepun Yang Popular Selain Godzilla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *