Inilah Dia Lelaki Yang Telah Menggunting Rambut Para Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia

Untuk kebanyakan pemain bola sepak, memiliki potongan rambut yang baru adalah sepenting melakukan sesi memanaskan badan sebelum perlawanan bermula. Daniel Johnson, seorang tukang gunting rambut terkenal di England berkata bahawa malam sebelum perlawanan, beliau akan berada di hotel pemain-pemain bola sepak untuk menggunting rambut mereka.

Kredit foto: Herts Advertiser

Daniel pernah memotong rambut beberapa pemain bola sepak terkenal EPL seperti Wayne Rooney, Theo Walcott, John Teryy, Gareth Bale dan Ashley Young.

Beberapa pemain bola sepak terkenal sememangnya gemar menjaga penampilan rambut mereka sama ada ketika latihan atau semasa perlawanan berlangsung. Gareth Bale, semasa di bawah kendalian Harry Redknapp, sentiasa menyebabkan pengurus ini berang kepada Bale kerana sering membuang masa menguruskan rambutnya.

Wayne Rooney pula sanggup menghabiskan 13,500 pound sterling (RM75,166) untuk melakukan hair transplant (rawatan rambut).

Kredit foto: Bleacher Report

Daniel menerangkan bahawa, keyakinan para pemain ini akan meningkat sebaik sahaja mereka mendapat potongan rambut. Mereka akan rasa segar dan bersemangat untuk bermain bola.

Jermain Defoe pernah memberi testimoni di dalam laman web Daniel di mana beliau mengatakan bahawa dia perlu menggunting rambut sebelum perlawanan agar tampil lebih yakin di samping beliau mahu kelihatan menarik apabila berjaya menjaringkan gol dan Daniel telah membantu Defoe mendapatkan keyakinan yang dimahukannya.

Khidmat gunting rambut ini telah menjadi sesuatu yang sangat dikehendaki oleh pemain-pemain bola sepak ini. Disebabkan hal inilah, Daniel perlu berjalan ke serata dunia untuk memberikan khidmat kepada pemain-pemain bola sepak yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Baca lagi: 5 Pemain Yang Masih Kekal Bentuk Rambutnya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Kredit foto: Chronicle Live

Ketika Euro 2012, pihak Persatuan Bola Sepak England telah mengupah Daniel untuk menjadi tukang gunting rasmi buat seluruh ahli pasukan bola sepak England.

Wayne Rooney turut menyatakan di dalam laman web Daniel di mana beliau tidak akan membenarkan tukang gunting yang lain untuk memotong rambutnya kecuali Daniel. Ini adalah satu penghormatan buat Daniel dan lambang kepercayaan pelanggan kepadanya.

menggunting rambut

Kredit foto: UEFA.com

Daniel berkata, sebelum beliau mula memotong rambut pemain-pemain bola sepak terkenal ini, beliau akan melakukan kajian di dalam Google untuk mengenalpasti bentuk muka seseorang pemain supaya beliau dapat membayangkan gaya potongan rambut apakah yang sesuai untuk digayakan oleh pemain tersebut.

Ada sesetengah pemain bola sepak kerap mendapatkan gaya potongan rambut yang sama, namun begitu, sekali sekala, Daniel akan mencadangkan gaya potongan rambut baharu dan biasanya ia akan disukai oleh pemain tersebut.

Sumber: Telegraph UK

Baca lagi: 21 Gaya Rambut Pemain Bola Sepak Yang Terlalu Buruk Sehingga Pernah Diludah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *