Inilah Dia 5 Peninju Terhebat Sepanjang Zaman Yang Anda Patut Kenali

Bercerita pasal sukan tinju ni, rasa-rasanya kita lebih mengenali nama-nama besar seperti Mike Tyson dan Evander Holyfield. Kenapa boleh kenal? Sebab Mike Tyson pernah gigit telinga Evander Holyfield.

Selain itu juga, nama yang biasa bermain di bibir-bibir kita adalah nama seperti Muhammad Ali. Peninju yang asalnya beragama Kristian dan bernama Cassius Clay, telahpun memeluk Islam lalu ditukar nama menjadi Muhammad Ali.

Namun begitu, hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 peninju terhebat sepanjang zaman yang patut anda tahu dan kenal. Di dalam senarai ini, ingin kami maklumkan awal-awal bahawa tiada nama Evander Holyfield dan Mike Tyson di dalamnya. Tapi kami letakkan nama-nama yang anda mungkin tak pernah dengar, tetapi hebat rekod-rekod yang dilakukan oleh mereka.

Tak percaya? Jom kita lihat satu per satu senarai 5 peninju terhebat ini.

Kredit foto: The Sportster

Kredit foto: The Sportster

#5. Willie Pep

Willie Pep boleh dikatakan sebagai peninju terhebat dalam kategori featherweight. Beliau sudah bergelar sebagai juara dunia featherweight sebanyak dua kali. Willie berkecimpung dalam dunia sukan tinju ini selama 26 tahun di mana beliau berjaya memenangi 229 perlawanan daripada 241 perlawanan yang disertainya.

Pernah satu ketika, semasa pertengahan perjalanan kariernya, Willie cedera teruk gara-gara kemalangan kapal. Walaubagaimanapun, beliau kembali pulih dan beraksi semula dalam sukan tinju.

Willie juga dikatakan sebagai lagenda yang pernah memenangi perlawanan tanpa menghayunkan satu penumbuk pun kepada lawannya. Willie dikenali kerana kepantasannya, pergerakan kakinya yang laju dan teknik pertahanannya yang mantap.

Baca lagi: 5 Tagline Superstar WWE Yang Diingati Sampai Bila-Bila

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: The Sportster

Kredit foto: The Sportster

#4. Henry Armstrong

Apa yang hebat tentang Henry Armstrong ialah, beliau adalah satu-satunya peninju yang pernah bergelar juara dunia dalam tiga kategori yang berbeza di dalam masa yang sama. Tiada sesiapa lagi yang pernah menumpaskan rekod yang dipegang oleh Henry Armstrong ini.

Henry bergelar juara dunia kategori featherweight pada tahun 1937 dan kemudian pada tahun 1938 beliau bergelar juara dunia kategori welterweight dan dalam tahun yang sama beliau berjaya menjadi juara dunia kategori lightweight.

Dalam usaha untuk memperoleh kejuaraannya ini, Henry telah berdepan dengan 17 juara dunia dan beliau telah memenangi perlawanan berdepan 15 daripada 17 peninju ini.

Kredit foto: The Sportster

Kredit foto: The Sportster

#3. Joe Louis

Joe Louis adalah antara peninju terhebat dalam sejarah sukan tinju dunia. Joe bangkit di celah-celah kesusahan di mana beliau hidup susah bersama-sama dengan 8 orang adik beradiknya. Namun begitu, diakhirnya, Joe berjaya meletakkan dirinya menjadi bintang antarabangsa dalam dunia sukan tinju.

Pertarungan penting pertama beliau ialah apabila bertemu dengan Max Baer. Sebelum ini, Max Baer pernah menumbangkan lawannya di dalam gelanggang sehingga meninggal dunia. Tetapi, semasa Max bertemu Joe, beliau telah dikalahkan di pusingan keempat secara KO.

Joe berjaya menjadi juara dunia kategori heavyweight pada tahun 1937 di mana dia menentang Max Schmeling. Dua tahun sebelum itu, Max pernah mengalahkan Joe dan kali ini Joe berjaya membalas dendam.

Joe kekal bergelar juara dunia kategori heavyweight sehinggalah beliau bersara. Beliau berjaya mengekalkan kejuaraan ini selama 11 tahun dan 25 kali beliau bertinju demi memastikan gelaran juara dunia kekal milik beliau.

ads-pomade_updated

Kredit foto: The Sportster

Kredit foto: The Sportster

#2. Sugar Ray Robinson

Sugar Ray mula bergelar sebagai juara dunia adalah di dalam kategori welterweight di mana beliau memenanginya pada tahun 1946. Beliau berjaya mengekalkan kejuaraan ini selama 5 tahun sebelum beliau memutuskan untuk memasuki kategori yang lebih tinggi iaitu kategori middleweight di mana Sugar Ray juga berjaya menjadi juara dunia dalam kategori ini.

Sugar Ray cuba untuk melangkah lebih jauh dengan memasuki kategori light heavyweight. Namun begitu, beliau rasakan kategori ini adalah terlalu sukar untuknya. Jadi, beliau kembali ke kategori middleweight.

Daripada 123 perlawanan yang disertai Sugar Ray, beliau hanya kalah sekali iaitu kepada Jake LaMotta di mana selepas itu beliau kalahkan Jake sebanyak 5 kali. Sugar Ray juga adalah peninju pertama dalam kategori middleweight yang berjaya menjadi juara dunia sebanyak 5 kali.

peninju

Kredit foto: The Ringer

#1. Muhammad Ali

Muhammad Ali sememangnya seorang peninju terhebat sepanjang zaman. Tiada peninju lain yang mampu meniru gerak-geri Muhammad Ali. Beliau seperti menari-menari di atas gelanggang sambil berlawan dengan pesaingnya.

Gerakan tinjunya yang seperti menari itu dapat kita saksikan semasa Muhammad Ali berlawan dengan Cleveland Williams pada tahun 1966. Ali seperti benar-benar berhibur dengan tinjunya sementara Cleveland kelihatan tertekan untuk bertinju dengan Ali.

Pada usia 25 tahun, Muhammad Ali telah digantung daripada menyertai sebarang perlawanan tinju selama 3 tahun gara-gara tidak mahu terlibat dalam aktiviti ketenteraan di mana pada tahun 1967 itu, Amerika Syarikat sedang berperang dengan tentera Vietcong di Vietnam. Kejuaraan dunia milik Ali turut dilucutkan pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1974, Ali berjaya merampas semula kejuaraan dunia kategori heavyweight apabila beliau berjaya menumpaskan lawannya iaitu George Forman di mana beliau mengalahkan George di pusingan kelapan secara KO.

Sepanjang berkecimpung dalam dunia tinju ini, Ali sudah bergelar juara dunia kategori heavyweight sebanyak tiga kali walaupun dia pernah digantung daripada beraksi selama 3 tahun namun tetap mendapat kembali rentaknya untuk bergelar juara dunia.

Sumber: The Sportster 

Baca lagi: 3 Lagenda Skaters Malaysia Yang Anda Patut Kenali

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *