Inilah Dia 5 Pakar Tinju Yang Paling Kaya Di Dunia 2017

Sukan tempur ini adalah sangat popular di kebanyakan tempat di dunia ini. Ramai peninju yang berkemahiran memiliki sayap peminat mereka tersendiri yang ramai. Dan beberapa peninju ini telah menjadi sangat kaya menerusi kerjaya yang mereka pilih ini.

Berikut adalah 5 peninju terkaya di dunia pada 2017:

5) Lennox Lewis (Nilai bersih: $ 130 Juta)

Inilah Dia 5 Pakar Tinju Yang Paling Kaya Di Dunia 2017

Sumber gambar: sportingnews.com

Peninju profesional Kanada British dan juga pelakon ini adalah merupakan bekas juara kelas berat. Beliau telah memenangi sebanyak 41 kali daripada 44 pertarungan sepanjang kerjayanya. Beliau juga pernah memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 1988 utnuk acara ini.

4) Oscar De La Hoya (Nilai bersih: $ 200 Juta)

Sumber gambar: choosehelp.com

Peninju profesional Amerika yang telah bersara ini adalah berketurunan Mexico. Beliau adalah salah satu daripada peninju bukan kelas berat yang berjaya menjadi seorang selebriti pop yang terkenal. Beliau pernah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik Barcelona 1992.

3) Manny Pacquiao (Nilai bersih: $ 200 Juta)

Sumber gambar: eog.com

Peninju profesional dari Filipina ini telah memenangi sebanyak 54 kali daripada 61 perlawanan, dengan dua seri. Ramai pakar tinju menganggap beliau sebagai peninju nombor satu di dunia. Beliau adalah satu-satunya peninju untuk memenangi gelaran dalam tujuh kelas berat  yang berbeza.

2) George Foreman (Nilai bersih: $ 250 Juta)

Sumber gambar: fi.wikipedia.org

Merupakan seorang peninju profesional yang pencen, penulis, usahawan, pelakon dan menteri agama, George Foreman boleh dikatakan seorang yang sangat kaya. Ramai peminat tinju masih mengingati George Foreman sebagai Texan muda berusia 24 tahun yang menyebabkan TKO kepada Joe Frazier, petinju yang tidak pernah kalah pada tahun 1973. Selepas bersara, Foreman menjadi jurucakap kepada Russell Hobbs Inc., iaitu pengeluar peralatan rumah. Memperoleh $ 137 juta pada tahun 1999, beliau telah mendapat hak syarikat untuk menggunakan namanya, “George Foreman grill.” Foreman dilaporkan telah memperoleh $ 200 juta dengan menyokong syarikat tersebut.

1) Floyd Mayweather Jr. (Nilai bersih: $ 380 Juta)

Sumber gambar: thesource.com

Beliau adalah petinju paling kaya dan tertinggi pernah dibayar. Juara tinju Amerika yang terkenal di dunia ini pernah memenangi sebanyak enam kejohanan tinju dalam lima kelas berat yang berbeza. Iaitu Super Featherweight, Lightweight, Junior Welterweight, Welterweight sebanyak dua kali dan Super Welterweight. Dalam tempoh satu tahun sahaja, Floyd telah memperoleh nilai pendapatan sebanyak $ 105 juta menjadikan beliau salah satu atlet yang paling tinggi dibayar.

 

Baca lagi: Inilah Jumlah Yang Dibayar Kepada Pengadil Terbaik NFL Setiap Tahun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *