Inilah Dia 5 Dunkers Terhebat Dalam Sejarah NBA Yang Patut Anda Tahu

Apabila menonton perlawanan bola keranjang NBA, antara perkara yang paling menarik perhatian ialah apabila ada pemain yang membuat aksi dunk dalam perlawanan tersebut. Perlawanan akan menjadi semakin hangat apabila pemain-pemain dalam pasukan yang sedang bertembung saling berbalas aksi dunk.

Namun begitu, dalam banyak-banyak aksi dunk ini, ada 5 pemain bola keranjang NBA yang mampu menunjukkan aksi dunk yang paling memukau. Oleh itu, di sini kami sudah senaraikan 5 dunkers terhebat dalam sejarah NBA untuk tatapan anda.

nba

Kredit foto: Walter Iooss Jr

#5. Julius Erving

Julius Erving atau dikenali juga sebagai Dr. J adalah antara pemain yang paling menarik dalam NBA. Beliau mempunyai rambut afro yang besar, tangan yang panjang, tapak tangan yang besar dan yang paling penting, beliau sentiasa sahaja dapat mencari ruang untuk melompat untuk membuat dunk.

Ia seolah-olah gelanggang bola keranjang pada ketika itu menjadi landasan yang panjang baginya untuk membuat larian sebelum melompat lebih tinggi.

Antara aksi-aksi ikonik Dr. J semasa membuat dunk antaranya ialah beliau boleh dunk melepasi Bill Walton, dunk melepasi Michael Cooper dan membuat lompatan dunk dari garisan free throw.

Baca lagi: 5 Posisi Paling Susah Dalam Sukan

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Colourful Rebel

Kredit foto: Colourful Rebel

#4. Le Bron James

Selepas 12 musim berada dalam NBA, fast-break dunk yang dilakukan oleh Le Bron James adalah antara yang menarik untuk ditonton. Tomahawk dunk yang dilakukan oleh Le Bron juga adalah antara signature dunk beliau yang akan diingati dalam sejarah NBA.

Apa yang membuatkan Le Bron sebagai dunker terhebat ialah disebabkan sifat atletiknya yang tinggi serta keupayaannya yang mampu melepasi barisan pertahanan lawan sebelum membuat dunk.

Antara aksi-aksi dunk Le Bron yang menarik ditonton ialah semasa beliau membuat dunk melepasi Kevin Garnett dan semasa alley-oop dunk beliau yang menyebabkan Jason Terry terbaring di atas gelanggang.

Kredit foto: FOX Sports

Kredit foto: FOX Sports

#3. Vince Carter

Vince Carter boleh melompat lebih tinggi, boleh dunk lebih hebat dan boleh membuat dunk yang susah ketika perlawanan sedang berlangsung, lebih banyak berbanding pemain-pemain NBA yang lain.

Beliau kini berusia 40 tahun dan sudah berada dalam NBA untuk musim ke 17 dan beliau mungkin akan menyertai pertandingan dunk untuk tahun ini. Dengan ketinggian 6 kaki 6 inci, Vince Carter sudah melakukan banyak benda yang tidak dapat difikirkan oleh orang lain. Mungkin ini disebabkan oleh beliau mampu berada di udara lebih lama semasa membuat dunk.

Antara koleksi dunk Vince Carter yang diingati ialah apabila beliau memasukkan lengannya ke dalam jaring semasa membuat dunk, apabila beliau membuat dunk dengan melompat ke atas pemain lawan yang berketinggian 7 kaki dan apabila beliau membuat 360-windmill dunk.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Outshine NYC

Kredit foto: Outshine NYC

#2. Shawn Kemp

Shawn Kemp boleh dikatakan sebagai dunker yang paling ganas dalam NBA. Beliau boleh melompat lebih tinggi dan beliau boleh melepasi pemain-pemain lawan dengan mudah sepertinya beliau mampu ‘memusnahkan’ barisan pertahanan pasukan lawan ketika membuat dunk.

Antara dunk Shawn Kemp yang paling diingati ialah semasa beliau membuat dunk melepasi Alton Lister. Rempuhan yang kuat daripada Shawn telah menyebabkan Alton terjatuh dan terbaring di atas gelanggang. Atas sebab inilah beliau dipanggil sebagai ‘Lister Blister’.

Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

#1. Kobe Bryant

Kobe Bryant mungkin tidak sama seperti pemain-pemain yang disebutkan di atas. Sesetengah pemain boleh membuat aksi dunk yang menarik semasa di udara, sesetengahnya pula ada signature dunk mereka sendiri, malah ada sesetengahnya pula mempunyai aksi dunk yang masih diingati para peminat NBA hingga kini.

Namun begitu, bagi Kobe, beliau mampu membuat sesuatu yang istimewa semasa perlawanan sedang berlangsung. Beliau pernah melompat di atas Steve Nash sebelum membuat dunk, beliau boleh membuat windmill dunk dari baseline, malah beliau juga pernah mengatasi pemain-pemain yang setarafnya seperti Dwight Howard, Emeka Okafor dan juga Todd MacCulloch.

Kobe Bryant juga diingati sebagai pemain yang hebat kerana beliau sentiasa menamatkan sesebuah perlawanan dengan 60 hingga 80 mata yang disumbangkan dalam mata untuk pasukannya adalah hasil daripada jaringannya.

Adakah anda setuju dengan pilihan kami ini? Jika tidak, anda boleh tinggalkan nama pemain NBA yang lain di dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: The Sportster

Baca lagi: 5 Killer Sepak Takraw Terbaik Dunia Dengan Libasan Yang Menggerunkan Lawan Mereka

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.