Inilah Dadah Yang Menjadikan Para Pemain eSports Lebih ‘Power’

dadah

Kredit foto: redbull.com

Jangan sangka bahawa sukan video game ini tiada penggunaan dadah seperti sukan-sukan yang sedia ada dalam dunia ini. Jika steroid adalah dadah yang biasa digunakan oleh atlit-atlit untuk sukan yang berasaskan fizikal, untuk atlit-atlit sukan video game ataupun lebih dikenali sebagai eSports, mereka akan menggunakan dadah nootropic.

Nootropic adalah sejenis smart drug. Ia adalah dadah yang boleh meningkatkan fungsi kognitif manusia contohnya seperti menguatkan memori manusia, meningkatkan daya kreativiti di samping meningkatkan motivasi dalam diri manusia itu sendiri. Inilah antara elemen penting yang diperlukan oleh seseorang gamer profesional semasa bertanding.

Nootropic pada suatu masa dahulu tidak dikenali ramai. Tetapi, sejak diperkenalkan, ia mula menjadi perhatian para atlit eSports dan kini smart drug ini boleh dikatakan sangat popular di kalangan mereka dan sering digunakan untuk meningkatkan keupayaan otak masing-masing.

Sejauh manakah nootropic ini membantu atlit-atlit eSports dalam permainan mereka dan seterusnya membantu mereka mencipta kemenangan?

Dadah

Kredit foto: Ben Watley Facebook

Menurut satu temubual dengan seorang atlit eSports iaitu Ben Watley (kapten dan pemilik bersama kumpulan Gankstars), beliau mengatakan bahawa sebulan sebelum menyertai pertandingan, kumpulannya akan mengambil nootropic setiap hari dan apabila tiba pada hari pertandingan, ia telah membantu meningkatkan konsentrasi mereka sewaktu beraksi.

Mereka dapat bertindak pantas dan cekap membuat gerakan. Otak mereka akan menjadi lebih cerdas untuk merangka strategi dan membantu membuat keputusan yang tepat yang akhirnya membantu sesebuah kumpulan memenangi sesuatu pertandingan.

Smart drug ini membantu meningkatkan keupayaan otak dalam tiga cara; pertama, ia meningkatkan keupayaan saraf dalam tubuh badan. Kedua, ia meningkatkan pengaliran darah ke otak dan yang ketiga ialah melindungi neuron daripada gagal bertindakbalas.

dadah

Produk keluaran Nootrobox. Kredit foto: nootrobox.com

Menurut Geoffrey Woo dari Syarikat Nootrobox, iaitu syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan nootropic ini, beliau mengatakan bahawa sukan eSports adalah medan terbaik untuk menguji keberkesanan produk-produk nootropic milik syarikatnya.

Ini kerana, atlit-atlit eSports perlu menggunakan keupayaan otak mereka semaksima mungkin agar mereka dapat bermain dengan baik di samping mencipta strategi yang berkesan untuk menjamin kemenangan mereka dalam pertandingan yang disertai.

Geoffrey mengatakan syarikatnya telah mula membuat kajian tentang nootropic dan faedahnya kepada manusia, terutama sekali dalam hal meningkatkan fungsi kognitif manusia sejak tahun 2014 lagi.

dadah

Geoffrey Woo (kiri). Kredit foto: sfchronicle.com

Dulu, syarikatnya menempah bahan-bahan untuk membuat smart drug ini secara online di mana ia boleh didapati daripada Alibaba.com. Sememangnya cara ini berbahaya kerana menghasilkan dadah buatan sendiri, tetapi kini Geoffrey telah mengupah pakar-pakar dalam bidang kesihatan dan farmaseutikal untuk membantunya menghasilkan dadah yang lebih selamat.

Sama seperti syarikat minuman tenaga seperti Gatorade yang menjadi penaja kelab-kelab sukan terkenal, Nootrobox juga kini menjadi penaja kepada pasukan eSports iaitu Gankstars. Dengan cara ini, Neutral Box dapat mempromosikan produk smart drug buatannya.

Walaupun penggunaan nootropic ini semakin popular, tetapi kajian teliti dan mendalam tentang kesan penggunaan smart drug masih dan sedang dilakukan. Tambahan pula, masih belum ada sesiapa yang tahu apakah kesan jangka masa panjang nootropic ini kepada penggunanya.

Dalam kancah sukan eSports ini, ada atlit yang usianya masih belasan tahun, masih muda remaja. Dikhuatiri, apabila mereka menggunakan nootropic ini pada usia yang begitu muda dan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada tubuh badan mereka.

dadah

Kredit foto: 8weeksout.com

Bagi Geoffrey, andainya ingin mengetahui keberkesanan nootropic ini sama ada bagus atau tidak, maka kita sendiri perlu menguji dan membuat kajian. Dengan cara ini, pasti Nootrobox boleh menemui cara terbaik dan sihat untuk mengoptimakan penggunaan nootropic di kalangan masyarakat.

Sebagai kapten dan juga co-owner Gankstars, Ben Watley mengatakan bahawa dalam menggunakan dadah ini, kita mesti ada orang yang sentiasa mengingatkan kita tentang kesan penggunaan dadah. Walaubagaimanapun, dalam dunia yang serba inovatif ini, kita memerlukan seseorang yang sanggup mengambil risiko demi menghasilkan sesuatu yang memberi kebaikan contohnya seperti penggunaan nootropic secara besar-besaran.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda berpendapat bahawa dadah seperti nootropic ini memberikan kebaikan kepada kita semua? Tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen kerana kami berminat untuk tahu apa yang anda fikirkan.

Baca lagi: Kisah Pemain eSports Termuda Yang Berjaya Menjadi Jutawan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.