Inilah 3 Sebab Mengapa Penggunaan Drone Menjadi Semakin Popular Pada Masakini

Revolusi Drone

Pada abad ke 21 ini telah menyaksikan kemunculan pesawat tanpa pemandu yang semakin memenuhi ruang udara kita. Ia berkembang secara perlahan, tetapi konsisten. Ia semakin banyak digunakan pada masa kini terutama sekali untuk aktiviti ketenteraan, untuk menghantar barang ke rumah pelanggan dan juga untuk dijadikan hobi oleh sesiapa yang berminat.

penggunaan drone

Kredit foto: Wired

Walaubagaimanapun, kemunculan drone ataupun pesawat tanpa pemandu ini telah menimbulkan keresahan di kalangan orang awam kerana ia dikatakan telah mengganggu privasi mereka di mana drone ini mampu bergerak secara bebas di ruang udara tanpa kawalan.

Di sebalik kelebihan dan kekurangan drone yang disebutkan di atas, wujud satu persoalan tentang alat ini. Bilakah drone mula dikenali dan semakin popular?

Baca lagi: 6 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Drone Sekarang

ads-beard-oil-with-azrel

Sejarah Ringkas Drone

Semakin banyak pihak tentera di seluruh dunia sudahpun ke depan dalam menggunakan drone untuk membuat serangan terhadap pihak musuh. Serangan menggunakan drone ini adalah lebih pantas berbanding menggunakan jet perang yang biasa di samping dapat mengurangkan jumlah kematian askar.

Pelancaran drone di Vietnam pada tahun 1968. Kredit foto: Corbis

Pelancaran drone di Vietnam pada tahun 1968. Kredit foto: Corbis

Kemunculan awal drone dapat dilihat di mana pesawat tanpa pemandu telah digunakan semasa Perang Dunia Kedua di dalam Perang Vietnam. Pada waktu ini, drone digunakan untuk membuat tinjauan di samping untuk menguji kekuatan tentera udara Vietnam. Antara drone yang paling popular digunakan pada ketika ini ialah AQM-34 Ryan Firebee.

Pada tahun 1998, pihak Amerika Syarikat telah menghasilkan drone bernama ‘Endurance Unmanned Crafts’ atau EUC di mana pesawat tanpa pemandu ini boleh terbang lebih lama di udara. Satu pesawat EUC yang dinamakan sebagai Laima telah terbang merentasi Lautan Atlantik dalam tempoh masa 26 jam.

Drone yang diterbangkan oleh orang-orang awam pada masa kini semakin mendapat perhatian pihak berkuasa yang mengawal ruang udara kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan rahsia sulit kerajaan. Pihak Amerika Syarikat menjangkakan pada tahun 2020, akan kelihatan 15,000 drone memenuhi ruang angkasa negaranya.

ads-pomade_updated

Mengapa Drone Begitu Popular?

#1. Saiz yang fleksibel dan mudah alih

Drone telah terbukti bahawa ia boleh mendapatkan info-info penting pada sudut yang sukar terutama sekali di ruang udara. Contohnya, digunakan untuk penggambaran filem dan juga semasa merakam aksi secara langsung. Ia dikatakan akan mengubah rentak dunia kewartawanan tidak lama lagi.

Kredit foto: Drone Journalism Lab

Kredit foto: Drone Journalism Lab

#2. Harga semakin murah

Harga untuk seunit drone kini semakin murah. Amazon dan Dixons telah menyatakan bahawa perkembangan jualan drone semakin pesat berikutan harganya yang murah. Ia dijual di antara harga RM200 sehingga RM200000.

#3. Selamat dan cepat

Semakin banyak syarikat penyiaran yang menggunakan drone untuk membuat liputan kejadian-kejadian secara langsung. Contohnya, jika syarikat penyiaran mahu membuat liputan kejadian kebakaran hutan, mereka boleh menggunakan drone untuk mengambil gambar tanpa perlu mempertaruhkan nyawa jurugambar dan juruvideo mereka. Selain, ia dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu menyewa helikopter untuk mengambil gambar dari ruang udara.

Undang-undang Kawalan Untuk Drone

Kredit foto: Cinema5D

Kredit foto: Cinema5D

Memandangkan semakin ramai pihak yang sudah boleh menggunakan drone, termasuklah orang-orang awam, pihak berkuasa mula mengambil pendekatan untuk menguatkuasakan undang-undang untuk penggunaan drone ini. Ini kerana, pihak berkuasa berasa bimbang sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mahu menggunakan drone untuk tujuan-tujuan yang tidak baik.

Walaubagaimanapun, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mengambil pendekatan dengan membuat satu kempen kesedaran tentang bagaimana cara menggunakan drone dengan seterusnya dapat mencegah daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Sumber: Quadcopter Cloud

Baca lagi: 5 Gitar Elektronik Terbaik Yang Patut Dibeli Oleh Pemain Gitar Beginner

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.