Inikah Lelaki Transgender Pertama Di England Yang Lahirkan Bayi?

Seorang lelaki transgender di England mendakwa bahawa dirinya adalah lelaki pertama yang mampu melahirkan bayi.

Scott Parker (23) melahirkan anak perempuan bernama Sara pada 29 April lalu di Hospital Royal Sussex County di Brighton.

Gambar hiasan: PinkNews

Parker mengatakan, dia merasa sangat beruntung memiliki bayi perempuan yang cantik. Ia berasa tak percaya bahawa dirinya masih boleh memiliki anak walaupun telah mengubah penampilan fizikalnya menjadi lelaki.

Parker memang belum menjalani rawatan hormon saat dia hamil dan menunda masa transisi perubatannya untuk melindungi kesihatan bayi perempuannya.

Gambar hiasan: PinkNews

“Meski saya kini menjadi lelaki, bukan bererti hal ini menghalang saya dari menjadi ibu bapa. Saya bangga mampu untuk melakukannya,” ujar dia dipetik Independent.co.uk.

Dia tak boleh menyembunyikan rasa gembiranya. Bahkan Parker memuji tenaga perubatan yang membantunya dalam melakukan proses persalinan kerana menghormati keputusannya sebagai transgender dan memanggilnya ayah.

Parker mengandung anaknya setelah bertengkar dengan pasangannya pada Ogos tahun lalu. Namun ayah kandungnya tidak ingin terlibat dalam kehidupan Sara.

Gambar hiasan: PinkNews

Ada pasangan rekabentuk grafik, yang meminta tidak disebutkan namanya, merancang untuk mengambil Sara sebagai anak angkat.

“Memiliki anak kandung sangat bererti bagi saya. Saya benar-benar bahagia berada berdekatan dengan anak-anak,” menurut dia.

Baca lagi: Bayi Terbesar Di Dunia Dilahirkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.