Ini Alasan Mengapa Anda Perlu Mengunyah Makanan Dengan Perlahan

google

Salah satu perkara yang seringkali dipesan oleh orang tua kita sedari kita kecil adalah dengan mengunyah makanan dengan perlahan. Dengan melakukannya, kita akan lebih baik menghindari dari tersedak. Namun begitu, seiring dengan pertambahan usia, kita semakin mengejar kelajuan dunia dan merasakan masa makan tidak banyak sehingga terpaksa mengunyah laju. Apa yang anda tidak tahu, makan perlahan banyak kelebihannya bukan sahaja untuk mengelak dari tersedak, apa sahaja manfaat yang boleh kita dapat?

Jika anda makan dengan perlahan ketika mengunyah, maka tubuh juka akan mengeluarkan hormon leptin dan ghrelin dengan lebih banyak. Sebagai informasi, kedua hormon ini berperanan besar dalam menjaga kelancaran proses pencernaan makanan di dalam perut. Selain itu, dengan mengunyah makanan secara perlahan, maka perut pun akan mempersiapkan saluran perncernaan dengan lebih baik sehingga kita akan dapat merasai nutrisi.

Walaupun tidak terlalu lama, pakar kesihatan menyarankan kita untuk mengunyah makanan setidaknya sehingga 30 kali agar makanan boleh benar-benar menjadi halus sebelum kita telah. Selain itu membuatkan saluran pencernaan lebih baik dalam mendapatkan berbagai nutrisi dalam makanan, hal ini juga akan membuatkan kita lebih baik dalam menikmati kelazatan dan rasa dari makanan yang kita ambil.

BACA: Kebaikan Kalsium Kepada Tubuh Badan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *