Sebelum ini kita ada membincangkan mengenai perkara ini dan kini didedahkan beberapa lagi cara yang cukup mudah untuk anda mengambil hati isteri anda dan menjadi suami terbaik untuknya.
Ternyata ia tidak memerlukan sebarang usaha yang luarbiasa untuk merealisasikannya, cukuplah sekadar kemampuan anda.
Gambar hiasan: Cosmo
Kelihatan remeh pada kebanyakan lelaki tapi sebenarnya inilah cara paling mudah untuk anda menambat hati isteri yang keletihan.
Luangkan masa anda dengan membantunya ketika di dapur – wanita berasakan lelaki yang sedang sibuk di dapur itu sangat seksi pada pandangan mereka.
Gambar hiasan: Cosmo
Berikan masa untuk isteri anda mendapatkan tidur yang sempurna kerana percayalah, wanita ini sangat rumit keadaannya terutama jika tidak mendapat tidur yang cukup.
Oleh itu bantu isteri anda dengan menidurkan anak dan menyelesaikaan tugasan rumah – biarkan isteri anda ke bilik tidur dengan segera agar dia bangun dengan lebih ceria keesokannya.
Gambar hiasan: Cosmo
Untuk makan malam pula, anda boleh memilih untuk menyediakannya bersama-sama pasangan anda ataupun biar anda sendiri yang menyiapkannya.
Kaum wanita akan berasa bahawa tugas mereka dipermudahkan dengan bantuan para suami – ia menjadikan anda lebih menarik pada mata mereka.
Gambar hiasan: Cosmo
Anda tidak perlu bersusah payah untuk menjadi seorang lelaki yang romantik – cukuplah sekadar mengambil tahu keadaan isteri anda dengan bertanyakan bagaimana hari mereka.
Menghabiskan masa bersama serta berbincang hati ke hati dengan isteri anda merupakan cara terbaik untuk anda merapatkan keintiman anda berdua.
Baca lagi: 4 Perkara Lain Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Di 7 Eleven