Ingin Awet Muda? Tidur Satu Jam Selepas Makan Pada Waktu Siang

google

Sesibuk manapun aktiviti harian kita, pakar kesihatan ada menyarankan untuk mengambil sedikit masa untuk tidur siang. Walaupun hanya sebentar, dengan tidur siang, kita mampu mengembalikan kembali tenaga dalam tubuh sekaligus dapat kembalikan konsentrasi dan juga fokus untuk bekerja menjadi lebih baik. Sebuah penelitian terbaru yang dilakukan di Tiongkok bahkan menyebut jika andai kita rutin tidur siang satu jam sahaja setelah makan siang, kita boleh awet muda. Bagaimana hal ini berlaku?

Kajian itu yang dihasilkan kemudian dibuat menjadi jurnal American Geriatrics Society ini dilakukan dengan melibatkan sekitar 3 ribu responden dari Tiongkok dengan usia lebih dari 65 tahun. Dari para responden ini, diketahui bahawa 60 peratus dari mereka melakukan rutin tidur siang dengan durasi 30 hingga 90 minit. Para responden kemudian diminta untuk menyelesaikan soalan matematik sederhana dan mencuba daya ingatan seberapa pantas mengira selepas tidur siang.

Setelah diteliti, dijumpai satu fakta jika mereka tidur siang selama satu jam selepas makan siang mereka akan dapat hasil ujian yang jauh lebih baik berbanding mereka yang tidak tidur petang. Andai kita tidur dengan waktu yang lebih sedikit atau tidak tidur siang sama sekali, mungkin kadar fokus kita juga akan turun.

Dr. Junxlin Lin turut memberitahu untuk awet muda juga boleh jika anda tidur selepas makan pada waktu siang.

Dengan adanya fakta ini, ada baiknya kita mengambil sedikit ruang pada waktu siang untuk tidur sebentar yang akan membuatkan kita tetap awet muda.

Mungkin kini ada sudah tahu bagaimana cara untuk awet muda, komen di bawah!

BACA: Minum Ini Mampu Kembalikan Badan Anda Dari Parut Selulit

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *