Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

Pakaian lelaki moden atau kontemporari adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individu. Perubahan gaya dan sikap pengguna lelaki telah mendorong mereka mengambil langkah mengelak daripada gaya yang terlalu mengikut aliran dan peraturan.

Mematuhi manual undang-undang secara total sememangnya bukan kaedah untuk tampil bergaya. Pakaian kontemporari memberi kaum Adam peluang untuk menyerlahkan individualiti dan kini ia menjadi kemewahan paling beharga yang boleh dimiliki oleh sesiapa pun.

Minggu ini saya titipkan panduan asas untuk bergaya ringkas, praktikal serta cukup menarik.

Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

                                                                                         google

1. Pertimbangkan bahagian badan yang harus diberi tumpuan dan harus disembunyikan. Pertanyaan beberapa soalan ringkas seperti siapakah saya, pakaian bagaimanakanh sesuai dengan gaya hidup saya, rekaan paling selesa dan suka memakainya akan membantu kita berpakaain mengikut tema aktiviti atau majlis.

Begitu juga memilih pakaian dan aksesori yang ideal dengan bentuk badan serta nampak hebat pada bila- bila masa.

ads-pomade_updated

2. Pilihlah padanan pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik dan bukan mengikut selera orang lain. Kita perlu sentiasa selesa dengan apa yang kita pakai serta gayakan. Oleh itu, kekalkan item yang paling sesuai dengan umur, potongan badan, imej personaliti serta gaya dengan mengambil kira majlis dan lokasi. Jika merasakan semua mata memandang sinis apabila menggayakan sesuatu tren pakaian atau padanan berkemungkinan besar ia memang tidak sesuai dengan kita. Elakkan jika anda tidak biasa serta kurang selesa memakainya. Paling penting, kita perlu jujur dengan diri sendiri.

Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

www.keepitonn.com

3. Tekankan konsep besederhana dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan segala pakaian aksesori yang terkini dan popular pada satu-satu masa. Ia akan nampak amt pelik dan janggal. Cadangan saya tidak perlu membazir, beli hanya pakaian yang seiring gaya pada setiap musim dan suai padan dengan pakaian asas atau apa jua dalam almari anda.

Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

                                                                         fashionstylesite.com

4. Pakaian baharu yang disuai padan dengan yang lama secara bijak dan kreatid selalunya menjadikan penampilan kita ringkas dan menarik. Berbelanja dengan bijak untuk persalinan fesyen pilihan anda. Sebelum bercadang untuk membeli pakaian atau aksesori yang baharu, tanya diri sendiri sama ada anda membelinya adalah kerana ia trend semasa atau kerana anda betul-betul menyukainya.

Jika membelinya hanya kerana logo atau jenama barangan tersebut, lupakan sahaja niat itu kerana pada akhirnya, jika anda benar-benar tidak menyukainya anda mungkin tidak akan selesa memakainya dan ia tidak berbaloi untuk dimiliki.

Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

                                                                                 theidleman.com

5. Perlu diingatkan, mengambil inspirasi gaya daripada media cetak dan elektronik tidak salah, cuma ia perlu disesuaikan dan diolah mengikut gaya hidup sendiri dan disesuaikan dengan latar belakang budaya masyarakt setempat.

Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

                                                                         www.thefashionisto.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.