Imam Muda Ditangkap Khalwat Penjara 14 Hari

www.suckhoetamthan.net

Seorang Imam Muda di sebuah masjid Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor dan pasangannya masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam kerana berkhalwat pada Julai lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menjatuhkan hukuman penjara dan denda tersebut ke atas Mohd. Noruddin Salam Naluwi, 29, dan Siti Khadijah Md. Ghazali, 27, selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Siti Khadijah, 27, merupakan seorang pegawai hal ehwal Islam di sebuah universiti tempatan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Noruddin dan Siti Khadijah didakwa berkhalwat di sebuah rumah No. 50, Jalan C10, Taman Melawati pada 30 Julai lalu pukul 3.30 pagi.

Selepas ditangkap, Noruddin, seorang duda yang mempunyai 2 orang anak lelaki diberhentikan daripada menjadi imam di masjid tersebut. Siti Khadijah turut diberhentikan oleh universiti berkenaan.

Manakala mereka berdua mengaku bersalah dan memohon agar denda mereka dapat dikurangkan.

Sumber: Kosmo

BACA: Selepas Nasi Lemak Dara Kini Jejaka Tampan Jual Cendol Pula Curi perhatian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *