Ikon Berjambang Yang Terkenal Di Serata Dunia

Anda tentu mengenali kebanyakan selebriti lelaki seluruh dunia yang begitu gah dengan jambang yang mereka miliki. Terdapat beberapa selebriti yang benar-benar kelihatan seksi dengan bentuk jambang mereka.

Disebabkan itu sesetengah mereka digelar sebagai ikon jambang kerana mereka memiliki jambang yang bergaya dan menjadi ikutan kebanyakan lelaki. Tentu ramai yang inginkan jambang seksi seperti mereka bukan?

Jom kita lihat beberapa ikon jambang popular yang mungkin kebanyakan mereka tidak tahu.

Gambar hiasan: Pinterest

1. Hugh Jackman

Pemegang watak Wolverine ini seringkali tampil dengan wajah berjambang yang seksi kerana beliau nampak lebih seksi jika memiliki jambang. Anda pernah lihat kan bagaimana rupa Hugh tanpa jambang, sangat kebudak-budakan.

Gambar hiasan: Pinterest

2. Wak Doyok

Ikon fesyen terkenal dari Malaysia ini pula sangat popular dengan bentuk jambang unik yang dimilikinya sejak azali. Sebagai ikon fesyen juga, jambang Wak Doyok ini juga salah satu dari ciri-ciri istimewanya.

Gambar hiasan: EW

3. David Beckham

Atlet terkenal ini sering tampil dengan bentuk jambang yang benar-benar menarik perhatian erutamanya kebanyakan wanita di luar sana. Bentuk jambang yang dimiliki Beckham dianggap sebagai salah satu ciri-ciri lelaki seksi yang digemari.

Gambar hiasan: Pinterest

4. Andre Agassi

Atlet popular dalam sukan tenis ini pula tidak kurang hebatnya dalam bergaya dengan wajah berjambangnya itu. Jika tidak mana mampu dia dapat mengurat Brooke Shields, bintang terkenal Hollywood suatu ketika dahulu.

Kiranya andai anda mahu memiliki wajah berjambang juga haruslah mengikut bentuk wajah agar tidak kelihatan pelik mahupun selekeh.

Baca lagi: Penggunaan Minyak Jambang Untuk Orang Berjambang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *