Iklan Aiskrim Indonesia Dapat Perhatian Dunia

 

Sumber: Youtube

JAKARTA: Iklan aiskrim televisyen tempatan di Indonesia telah mendapat perhatian dunia di internet. Iklan tiga minit itu berada di carta kelima video trending Youtube Indonesia dan sudah meraih lebih 800,000 tontonan.

Bertajuk “Kisah Legenda Nusantara” video itu bermula dengan pergaduhan antara dua adik-beradik diraja kerana makanan. Salah seorang pengawal telah mengambil satu walkie-talkie dan melaporkan perkara itu kepada Permaisuri, yang segera masuk campur.

Apabila dia gagal meleraikan pergaduhan itu, dia memanggil suaminya yang menggunakan iPhone untuk meminta pertolongan.

Raja, yang menerima panggilan di atas burung besar yang dikawal kompouter, mencari lokasi isterinya menggunakan Google Maps. Dia kemudian menghentikan pergaduhan anaknya dengan menunjukkan satu almari dipenuhi aiskrim.

Iklan tersebut mempromosi perisa baru daripada siri Indoeskrim Nusantara, such as es teler, kacang hijau dan kopyor iaitu pencuci mulut tradisional Indonesia. Iklan itu diarahkan oleh pembuat filem Indonesia, Dimas Djayadiningrat.

Baca lagi: 5 Pemain Lawan Pedang Wanita Paling Top

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *