Hukum Seorang Lelaki Itu Memelihara Janggut Mereka

Memiliki janggut adalah sesuatu yang telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis yang sahih menggalakkan memelihara janggut dan berulang kali juga kaum lelaki dilarang dari mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang adalah merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya seseorang individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang telah diulang berkali-kali.

Gambar hiasan: Haircut

Ingatlah, jika kita menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada amalan yang fasiq.

Sikap tidak mengendahkan larangan Allah swt adalah bentuk perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang sering berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan berkenaan hukum berjanggut.

Gambar hiasan: Haircut

Seseorang itu tidak akan dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited berkenaan hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda sebenarnya tentang cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya.

Gambar hiasan: Haircut

Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku bahawa amat mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka hanyalah perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah keras para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan bahawa setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

Baca lagi: Tips Bergaya Dan Sihat Khusus Untuk Lelaki Berjambang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *