Huawei P9 Hadir Dengan Kualiti Kamera Yang Diiktiraf Leica

Menurut Slashgear.com, Huawei kini boleh berbangga dengan produk mereka yakni Huawei P9. Kebanggaan mereka boleh terlihat apabila mereka sanggup mengeluarkan kos yang besar untuk mengguna pakai selebriti ternama iaitu Scarlett Johansson dan Henry Cavill untuk mempromosikan produk terbaru mereka ini. Keunikan utama Huawei P9 adalah terletak pada kualiti kamera mereka yang telah diiktiraf oleh pengeluar kamera terkenal di Jerman iaitu Leica.

Kredit foto: www.dxomark.com

Berdasarkan data perbandingan yang diperoleh daripada DxOMark, secara keseluruhannya Huawei P9 mendapat 84 markah berbanding ‘abangnya’ iaitu Huawei P8 yang mendapat 74 markah untuk penilaian kualiti gambar. Ini menunjukkan Huawei begitu serius untuk menjadi yang terbaik dalam kategori fotografi apabila berjaya meningkatkan kualiti kamerana.

Huawei P9 sangat sesuai digunakan untuk mengambil gambar outdoor. Ia boleh memberikan kualiti yang baik di mana ia mampu menampakkan detail yang ada pada subjek dengan begitu baik.

Kredit foto: www.dxomark.com

Huawei P9 juga memberi kualiti yang memberangsangkan apabila digunakan untuk mengambil gambar indoor. Dalam keadaan yang low-light, kamera dari Huawei P9 akan memberikan detail yang baik kerana memiliki ISO 3200 yang mampu untuk menghasilkan gambar yang bagus walaupun kurang pencahayaan.

Walaubagaimanapun, untuk merekod video pula, kualitinya tidaklah segah kualiti fotografinya. Tetapi, Huawei P9 tetap ada peningkatan berbanding Huawei P8. Underexpose adalah antara masalah yang kekal ada pada Huawei P9 selain daripada kekurangan stabilization.

Kredit foto: www.dxomark.com

Namun begitu, perjalanan Huawei untuk menjadi pengeluar telefon setanding dengan jenama pengeluar telefon terkenal yang lain masih jauh lagi. Tetapi, Huawei sudah membuktikan bahawa ia sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik apabila berjaya meningkatkan kualiti Huawei P9 berbanding peranti sebelumnya iaitu Huawei P8.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *