Honda Malaysia Tarik Balik 25 000 Kereta, Ganti Pam Udara

Honda Malaysia menarik balik 24,962 unit bagi model kereta tahun 2012. Tindakan menarik balik model ini adalah untuk menggantikan pengepam beg udara jenis Takata di bahagian penumpang sebelah hadapan.

Kredit : Malaysian Digest

Model terbabit terdiri daripada Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight.

Honda Malaysia berkata langkah itu adalah sebagai usaha berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan pelanggan sebagai keutamaan mereka.

Kredit : Tribun News

“Pelanggan yang menerima surat dari Honda dinasihatkan untuk menghantar kenderaan masing-masing di Pusat Honda yang berdekatan.

Untuk semakan lanjut, anda boleh melayari laman sesawang www.honda.com.my, atau di laman sesawang www.productrecall.honda.com.my, atau membuat panggilan di talian bebas tol 1-800-88-2020.

 

 

Baca lagi : Kitkat Sushi Produk Terbaru Nestle

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *