13 Hobi Yang Paling Pelik Di Dunia. Anda Nak Buat Mana Satu?

Semua orang di dunia ini pastinya mempunyai satu hobi yang akan dilakukan pada masa lapang. Tetapi, pernah tak anda buat hobi yang pelik-pelik? Hari ini, kami ingin kongsikan dengan anda 13 hobi yang paling pelik di dunia. Mungkin selepas membaca artikel ini anda teringin nak mencuba salah satu daripadanya atau mungkin juga tidak.

1. Hantar patung mainan anda melancong

13 HOBI YANG PALING PELIK DI DUNIA

Kredit foto: Getty Images

Sebuah syarikat bernama ToyVoyagers menyediakan satu perkhidmatan di mana mereka membantu membawa patung mainan anda pergi melancong. Anda boleh pilih ke mana-mana destinasi untuk patung mainan anda melancong.

2. Seterika ekstrim (UK)

13 HOBI YANG PALING PELIK DI DUNIA

Kredit foto: www.adventureherald.com

Hobi ini telah bermula sejak tahun 1997. Apa yang anda perlu buat ialah seterika pakaian anda di tempat-tempat lasak contohnya seterika baju semasa menaiki bot, helikopter, mendaki gunung malah ada yang seterika baju semasa membuat sky dive.

3. Pertandingan dog grooming (China)

13 HOBI YANG PALING PELIK DI DUNIA

Kredit foto: www.theguradian.com

Ini adalah satu hobi di mana anda akan menghias anjing anda sekreatif mungkin dan sertai pertandingan Dog Grooming. Jika bernasib baik menjadi juara, hadiahnya berjumlah 30,000 US dolar.

4. Mooing (USA)

13 HOBI YANG PALING PELIK DI DUNIA

Kredit foto: www.cypress-park.ca

Mooing ialah satu hobi di mana anda perlu meniru suara lembu. Terdapat juga pertandingan diadakan untuk aktiviti mooing ini.

5. Train Surfing  (Jerman)

13 Hobi Yang Paling Pelik Di Dunia

Kredit foto: www.dailymail.co.uk

Untuk hobi ini, apa yang anda perlu lakukan ialah anda akan menaiki kereta api semasa ia sedang bergerak. Ini bermaksud anda perlu melompat ke dalam kereta api tanpa berada di platform. Hobi ini bermula di Jerman pada tahun 80-an.

6. Membuat tatu di kenderaan (Taiwan)

13 Hobi Yang Paling Pelik Di Dunia

Kredit foto: www.mirror.co.uk

Hobi ini dimulakan oleh seorang individu di Taiwan yang sangat berminat dengan perkataan-perkataan buddha dan telah membuat tatu perkataan buddha ini pada kenderaannya.

7. News-bombing (UK)

13 Hobi Yang Paling Pelik Di Dunia

Kredit foto: ilyke.co

Di UK ada seorang lelaki yang gemar hadir di kawasan penggambaran berita secara langsung di mana dia akan munculkan dirinya di belakang pemberita yang sedang menyampaikan berita.

8. Mengumpul daki dalam pusat (Australia)

13 hobi yang paling pelik di dunia

Kredit foto: metro.co.uk

Seorang lelaki di Australia bernama Graham Baker telah mengumpul daki dalam pusatnya sejak tahun 1984 dan kini koleksinya mempunyai berat berjumlah 22.1 gram.

9. Mengumpul pil ecstacy (Belanda)

13 hobi yang paling pelik di dunia

Kredit foto: www.factmag.com

Seorang lelaki yang mengumpul pil-pil ecstacy ini pernah melaporkan kepada polis tentang kehilangan koleksi pil ecstacy miliknya. Ini kerana dia bimbang koleksinya itu mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

10. Mengumpul sick bag (Singapura)

13 hobi yang paling pelik di dunia

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

Sick bag ataupun beg muntah yang terdapat dalam kapal terbang turut dijadikan hobi oleh indiidu-individu tertentu. Pengumpul sick bag yang terkenal berasal dari Singapura dan kini mempunyai 388 sick bag yang diperolehi daripada 186 penerbangan.

11. Laga serangga (Jepun)

13 hobi yang paling pelik di dunia

Kredit foto: kate-editor.org

Hobi ini bermula di Jepun. Laga serangga dibuat dengan cara di mana serangga yang dilagakan akan dimasukkan ke dalam plastik kecil dan kemudian semasa serangga ini berlawan, ia akan direkod dan dimuat naik dalam internet.

12. Bengkokkan garfu (Jepun)

13 hobi yang paling pelik di dunia

Kredit foto: ilyke.co

Hobi yang pelik ini turut berasal dari Jepun di mana garfu ini akan dibengkokkan dengan bantuan kuasa minda dan menggunakan tenaga fizikal yang sangat minima.

14. Hikaru dorodango (Japan)

13 hobi yang paling pelik di dunia

Kredit foto: www.obscura-magazine.com

Ini adalah satu aktiviti di Jepun di mana anda akan menggolek-golekkan lumpur menjadi bentuk bola kemudian dicampur dengan debu-debu tanah sebelum digolekkan semula dengan lumpur. Bola-bola lumpur ini kemudian dikumpul menjadi koleksi.

Sumber: Mirror

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *