5 Hobi Yang Akan Meningkatkan Status Anda Sebagai Seorang Lelaki

Selama ini kita menyangka bahawa melakukan hobi hanyalah sekadar untuk meluangkan masa lapang kita. Kita juga melakukan hobi dengan tujuan untuk mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tetapi, tahukah anda bahawa hobi juga sebenarnya membantu menaikkan status anda sebagai seorang lelaki?

Selain membantu meluangkan masa lapang dan juga untuk melakukan aktiviti yang berfaedah, anda juga boleh meningkatkan status anda sebagai seorang lelaki. Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 hobi yang akan meningkatkan status anda sebagai seorang lelaki.

hobi yang akan meningkatkan status

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

1. Bermain Golf

Permainan golf adalah permainan wajib bagi businessman. Ia seakan-akan menjadi budaya bagi ahli-ahli perniagaan ini. Anda akan berasa pelik andainya apabila bakal rakan kongsi bisnes anda bersembang tentang golf dan anda tidak tahu-menahu tentangnya. Dengan bermain golf, anda dapat bina hubungan yang lebih baik dengan ahli-ahli perniagaan yang lain dan mungkin juga akan mendapat deal yang bernilai jutaan ringgit. Jadi, cuba-cubalah belajar bermain golf ya.

hobi yang akan meningkatkan status

Kredit foto: Astroawani

2. Kereta Klasik

Membaikpulih kereta-kereta lama atau klasik juga adalah salah satu hobi yang boleh meningkatkan status anda sebagai seorang lelaki. Tujuan membaikpulih kereta-kereta lama ini bukanlah untuk menunjukkan hasil akhirnya, tetapi lebih kepada membina disiplin untuk menghargai senibina kereta-kereta klasik ini sama ada dari segi luaran dan juga dalamannya. Hobi ini juga dapat menghadirkan rasa bangga dalam diri apabila anda berjaya membaikpulih sebuah kereta lama menjadi cantik dan mampu berfungsi dengan baik.

hobi yang akan meningkatkan status

Kredit foto: evolutioncell.com

3. Mengumpul Jam

Mempunyai minat dalam mengumpul pelbagai jenis jenama jam tangan adalah melambangkan minat anda terhadap kejuruteraan, penggayaan dan yang paling penting ia juga berkait dengan status anda. Untuk hobi ini, anda tidak semestinya perlu membeli jam-jam yang mahal, tetapi sebagai permulaan cukuplah dengan mempunyai pengetahuan tentang jenama-jenama dan jenis-jenis jam yang wujud di dunia ini.

hobi yang akan meningkatkan status

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

4. Sukan Lasak

Melakukan sukan-sukan lasak seperti memanjat gunung, scuba diving ataupun jungle trekking dapat meningkatkan status anda kerana sukan-sukan seperti ini tidak ramai orang yang mahu melakukannya. Contohnya, tidak semua orang mahu memanjat gunung Everest, tetapi jika anda mahu, ini menunjukkan anda adalah seorang risk taker dan gemar untuk melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain.

hobi yang akan meningkatkan status

Kredit foto: news.fitzrovia.org.uk

5. Bermain Catur

Catur adalah permainan yang dapat meningkatkan status anda kerana permainan ini memerlukan kemahiran intelektual. Dengan bermain catur dapat menjadikan anda lebih bijak, menguatkan memori dan juga membantu menyelesaikan masalah. Individu-individu hebat di dunia seperti Napoleon juga adalah orang yang meminati permainan ini. Jadi, jika anda menggemari catur, maka anda juga adalah orang yang hebat.

Jadi, itulah dia 5 hobi yang akan meningkatkan status anda sebagai seorang lelaki. Jadi, bolehlah anda cuba mana-mana hobi yang disebutkan di atas. Selain nampak lebih maskulin, status anda juga akan turut meningkat.

Sumber: Askmen

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.