5 Hobi Untuk Anda Nampak Lebih Lelaki

Kami percaya ramai pembaca di portal ini sudah mempunyai hobi tersendiri. Mungkin majoritinya meminati hobi seperti bermain bola, lumba kereta atau motor (secara sah ye), berbasikal ataupun hobi-hobi lain yang biasa dilakukan.

Untuk artikel kali ini, kami di Mensive ingin perkenalkan beberapa hobi yang nampak seperti untuk wanita (beberapa sahaja) tetapi jika lelaki yang buat, tetap tidak hilang ‘kejantanannya’. Oleh itu, di sini kami cadangkan 5 hobi untuk anda nampak lebih lelaki.

5 hobi untuk anda nampak lebih lelaki

Kredit foto: www.clubko.net

1. Mixed Martial Art

Mixed Martial Art ataupun singkatannya ialah MMA adalah satu seni pertahankan diri yang mencampurkan pelbagai seni pertahankan diri seperti tomoi, gusti dan lain-lain lagi. Sukan ini memang sesuai untuk menampakkan anda sebagai lelaki sejati kerana ia memerlukan kekuatan fizikal dan stamina yang tinggi.

2. Memasak

Memasak untuk wanita sahaja? Dapur memang dicipta untuk wanita diami? Wo, wo wo! Ini tanggapan salah ni. Cuba lihat siapa yang lebih banyak mendominasi dunia masakan di luar sana, kebanyakannya ialah lelaki. Kita boleh lihat chef-chef terkenal seperti Chef Wan, Chef Ramsey dan Chef Jamie Oliver yang begitu handal ketika memasak. Jadi, dengan menjadikan memasak sebagai hobi takkan hilangkan pun ‘kejantanan’ anda.

3. Membaca Buku

Membaca buku untuk ulat buku sahaja? Untuk golongan nerd sahaja? Ini juga satu tanggapan yang tidak tepat. Walaupun membaca tidak memerlukan kekuatan fizikal yang biasanya berkait rapat dengan lelaki, tetapi ia tetap sebuah hobi yang menampilkan sifat lelaki sebenar dalam diri anda. Dengan membaca, anda dapat menambah pengetahuan dan mungkin akan menjadi pusat rujukan para wanita untuk mendapatkan maklumat. Bukankah itu suatu yang bagus?

5 hobi untuk anda nampak lebih lelaki

Kredit foto: www.finefurnituremaker.com

4. Bertukang

Dengan menjadikan aktiviti bertukang sebagai hobi, anda sebenarnya dapat jimatkan wang anda. Selepas ini, mungkin anda tidak perlu lagi beli perabot kerana sudah boleh membuatnya sendiri. Bertukang dapat mengajar anda tentang kesabaran dan ketelitian di samping menerapkan nilai-nilai seni dalam jiwa. Selain itu, bila sudah pandai bertukang, bolehlah anda hadiahkan sesuatu kepada yang tersayang hasil kerja tangan sendiri. Mesti dia akan rasa anda ni sweet sangat.

5. Silap Mata

Sebagai seorang lelaki, mempunyai kemahiran silap mata adalah suatu bonus kepada anda. Dengan memiliki kemahiran ini, ia boleh menjadi perantara untuk merapatkan hubungan anda dengan orang yang tak dikenali. Bayangkan, silap mata ini dapat dijadikan sebagai point untuk menarik perhatian gadis yang anda minat sebelum memulakan perbualan dengannya. Pastinya ini adalah hobi yang mengujakan dan menyeronokkan.

5 hobi untuk anda nampak lebih lelaki

Kredit foto: sydneylivingmuseums.com.au

Dengan perkongsian 5 hobi untuk anda nampak lebih lelaki ini, kami harapkan dapat memberi idea kepada anda untuk menukar hobi lama sebelum ini. Mana tau dengan hobi baru ini dapat menjadikan anda lebih kreatif dan inovatif kan? Kami juga berharap agar anda dapat berkongsi dengan rakan-rakan anda yang mungkin sedang mencari hobi baru.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *