Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

www.iran-daily.com

Jantung adalah satu organ yang terpenting di dalam tubuh badan manusia. Oleh itu wajar bagi setiap individu untuk menjaga anugerah ini sebaik mungkin. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk hindari masalah jantung ini oleh itu kami di Mensive sediakan beberapa tips untuk hindari masalah jantung dengan cara ini!

Seperkara perlu diingat jantung bertindak sebagai pengepam darah ke setiap organ yang lain. Namun disebabkan cara hidup yang kurang sihat kita didedahkan dengan masalah penyakit jantung ini di usia yang muda.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

1.Kawalan Berat Badan

Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

www.thevocket.com

Pemakanan yang seimbang haruslah dititik beratkan sedari kita kecil lagi kerana jika tidak jantung akan terganggu. Ini kerana apabila kita makan, makanan berlebihan akan diserapkan ke beberapa posisi lain seperti di peha, lengan, perut dan tidak ketinggalan di jantung. Jika lemak yang terkumpul di jantung semakin banyak darah juga tidak dapat mengalir yang boleh mengakibatkan sakit jantung terjadi.

2. Pemakanan

Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

www.sinarharian.com.my

Bagi mereka yang ingin berat badan yang ideal boleh elak dari pengambilan makanan seperti ini mentega, kejut, minyak sapi, dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

3.Berhenti merokok

Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

www.mychicagotherapist.com

 

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

4. Bersenam

Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

www.businessinsider.com.au

 

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

5.Perubahan gaya hidup

Hindari Masalah Jantung Dengan Cara ini!

www.futuready.com


Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Baca Lagi: Suka Kunyah Ais Petanda Seseorang Menghidap Anemia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *