5 Tip Hilangkan Stres Dan Seterusnya Meningkatkan Prestasi Di Tempat Kerja

Persekitaran tempat kerja yang harmoni membantu memastikan prestasi kerja kita berada pada tahap yang baik. Walaubagaimanapun, jika kita stres, maka dikhuatiri ia akan mengganggu kualiti kerja kita dan seterusnya menyukarkan kita untuk memberikan yang terbaik.
Jadi di sini kami gariskan 5 tip yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan stres di tempat kerja.

1. Jaga hubungan baik sesama rakan sekerja

happy working

Dengan menjaga hubungan baik sesama rakan sekerja ia membantu mewujudkan suasana positif di tempat kerja seterusnya membantu kita menjalankan kerja dengan baik. Elakkan daripada mewujudkan permusuhan kerana ia akan timbulkan rasa tidak selesa di tempat kerja.

2. Jangan menangguh kerja

man at office

Kerja akan bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, siapkan segera semua kerja yang anda dapat. Elakkan daripada mengumpulkan kerja anda kerana ia akan membuatkan anda tertekan apabila menerima kerja-kerja baru.

body soap

3. Tinggalkan masalah peribadi di rumah

problem at work

Jangan membawa masalah peribadi anda ke tempat kerja kerana ia akan mengganggu fokus kerja anda. Selain itu, ia juga boleh mengganggu hubungan anda dengan rakan sekerja. Selesaikan masalah peribadi anda di rumah dan tidak perlu terbawa-bawa sampai ke tempat kerja.

4. Tidak perlu puaskan hati semua orang

just say no

Kadangkala kita perlulah menolak kerja yang diberikan kepada kita andainya kerja tersebut tidak mampu kita laksanakan. Melakukan kerja yang kita tidak mampu lakukan akan memberikan stres kepada kita dan seterusnya mewujudkan suasana tidak tenang di tempat kerja. Tetapi, andainya ada kerja yang mampu kita lakukan, tawarkanlah diri untuk laksanakannya sebelum ketua kita mengarahkannya.

 

5. Kerja kita membantu orang ramai

discuss at work

Kita perlu tahu dan maklum bahawa pekerjaan kita sebenarnya membantu memudahkan orang ramai tidak kira kita berada di posisi apa sekalipun. Apabila kita tahu bahawa kerja kita memberi makna kepada orang ramai, maka lebih mudah untuk kita temui kebahagiaan dan keseronokan dalam pekerjaan kita.

 

*sumber gambar dari Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *