Hilang Di Bukit Broga, Pemuda Dakwa ‘Dijaga Seseorang’

Baru-baru ini tular di kalangan netizen, seorang pemuda hilang ketika mendaki Bukit Broga di Semenyih. Mohd Azarul Mukriz Abdul Rahman dilaporkan hilang kira-kira 6 petang, Ahad, 22 Januari sebelum ditemui selamat 11.30 pagi 28 Januari lalu.

Kredit : Free Malaysia Today

Perkembangan cerita kehilangan adik Azarul sememangnya ditunggu-tunggu oleh masyarakat. Terbaru, dikatakan bahawa adik Azarul telah dijaga oleh seseorang sepanjang kehilangannya selama 6 hari.

“Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama,” katanya yang dipetik oleh wartawan Sinar Harian.

Kredit : Commons

Pemuda tersebut menceritakan pengalamannya itu kepada bapa saudaranya, Ahmad Saad. Bagaimanapun Ahmad Saad enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu.

Bapa saudaranya dengan ringkas berkata, Azarul ada mengatakan yang dia telah dijaga dengan baik sepanjang berada di Bukit Broga.

Seluruh ahli keluarga berasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu. Syabas kepada semua!

Kredit : My News Hub

Baca Lagi: Kes Kehilangan Di Hutan Yang Menggemparkan Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *