Heboh! Restoran Australia Sajikan Burger Isi Indomie Goreng

Bukan rahsia lagi, jika Indomie kini memiliki banyak penggemarnya di luar negeri. Di Australia, terdapat sebuah restoran yang menyajikan menu unik dengan menggunakan bahan utama iaitu Indomie goreng.

Menu unik itu disajikan oleh sebuah restoran yang berlokasi di Sydney, bernama Guilty. Baru-baru ini, Guilty memuat naik sebuah menu baru di akaun Instagram miliknya.

Gambar hiasan: Business Insider

Dalam keterangan foto, Guilty menyebutkan bahawa makanan terbarunya adalah burger yang menggunakan isian mee goreng. Terdengar unik bukan?

“Ini dia, roti lapis nombor tiga atau mee goreng fried chicken. Ini adalah ayam goreng yang dilapisi oleh mee goreng,” tulis Guilty dalam akun Instagramnya.

Gambar hiasan: Business Insider

Dari foto itu, terlihat bahawa ayam goreng tersebut menggunakan mee goreng sebagai kulit. Terdapat pula acar, bawang bombay, dan sos sebagai pelengkap.

Posting ini langsung saja disukai oleh 501 pengguna dan mampu untuk mendapatkan 100 komen dari para pengguna di Instagram.

Gambar hiasan: Business Insider

“Wow, makanan ini membuatkkan aku kemungkinan terkena serangan jantung selepas ini,” ujar netizen yang bernama lossstillmaggie.

“Kita harus sekali mencubanya, tidak ada tolak ansur ya,” ujar pengguna akaun sosial yang hanya ingin digelar sebagai 07mnh.

“Aduhai, padahal aku baru ingin memulakan program diet,” sebut Eric.

Baca lagi: Sebelum Meninggal, Michael Jackson Tulis Surat Akan Dibunuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *