Harapan Baru Malaysia Di Olimpik Tokyo 2020 – Trik Asas Skateboard Yang Beginner Patut Tahu

Setelah banyak kali menerima tekanan daripada rakyat Malaysia supaya skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016, akhirnya Harimau Malaysia benar-benar ‘menarik diri’ selepas tewas 1 – 0 kepada Myanmar semalam. Huhuhu…

Tetapi, tidak mengapa, kita tinggalkan saja cerita sedih semalam. Hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda satu perkara yang mungkin boleh membantu Malaysia mendapat pingat di Olimpik Tokyo 2020.

Ini kerana, di Olimpik Tokyo 2020 nanti, antara sukan yang akan dipertandingkan ialah sukan skateboard. Jadi, hari ini kami nak tunjukkan beberapa trik asas yang perlu anda kuasai untuk bermain skateboard.

Manalah tahu kan, dengan latihan yang gigih, anda dapat menjadi pemain skateboard yang handal dan seterusnya dapat mewakili Malaysia ke Olimpik Tokyo 2020 dengan harapan untuk memenangi pingat dalam sukan skateboard di sana.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat apakah trik-trik asas yang perlu dikuasai oleh anda untuk bermain skateboard.

ollie

#1. Ollie

Ollie adalah trik asas pertama yang perlu dikuasai oleh anda. Lagipun, ollie patut dipelajari terlebih dahulu kerana ia adalah pemula untuk trik-trik yang lain. Ollie adalah satu trik lompatan di mana kaki anda akan melekat dengan skateboard. Untuk membuat ollie yang baik, kaki anda mestilah berada pada kedudukan yang betul sebelum membuat ollie di samping memerlukan keseimbangan dan timing yang tepat semasa membuat ollie.

Baca lagi: 3 Lagenda Skaters Malaysia Yang Anda Patut Kenali

ads-beard-oil-with-azrel

kick-turn

#2. Kickturn

Selepas belajar ollie, anda perlu pelajari kickturn pula. Kickturn adalah satu trik di mana anda memusingkan skateboard anda sama ada 90 darjah, 180 darjah ataupun 360 darjah di atas jalan. Untuk membuat kickturn, anda hanya perlu mengangkat tayar hadapan sahaja lalu membuat pusingan.

nollie

#3. Nollie

Nollie sebenarnya sama seperti ollie. Lompatan ollie terhasil apabila anda membuat hentakan di belakang skateboard untuk melompat. Nollie pula anda akan membuat hentakan di bahagian hadapan skateboard untuk melompat. Namun begitu, anda perlu mahirkan diri untuk mempelajari ollie dahulu sebelum membuat nollie.

manual

#4. Manual

Melakukan trik manual ini adalah sama seperti anda membuat trik wheelie dengan basikal ataupun motor anda. Cuma, kali ini, anda menggunakan skateboard untuk membuat wheelie dan ia dipanggil manual. Anda perlu mengangkat tayar hadapan skateboard semasa ia sedang bergerak dan mengawal keseimbangan badan supaya trik manual dapat bertahan lama.

ads-pomade_updated

fs-180

#5. 180

Trik 180 boleh dikatakan sebagai trik asas yang sukar untuk dilakukan. Namun begitu, apabila berjaya melakukannya, adalah lebih mudah untuk berjaya dalam membuat trik-trik yang lain. 180 adalah trik di mana semasa membuat ollie, anda akan memusingkan skateboard anda 180 darjah di udara dan mendarat dalam keadaan switch atau fakie.

#6. Gabungkan Semua Trik Asas

Apabila anda sudah mahir membuat kickturn, ollie, manual dan 180, cuba membuat trik dengan menggabungkan semua trik secara berturutan. Contohnya, selepas membuat ollie, cuba mendarat dalam gaya manual. Ataupun, semasa membuat manual, anda terus menyambung membuat ollie tanpa perlu tayar depan jatuh ke jalan. Dengan membuat gabungan ini, anda pasti kelihatan cool di mata orang lain walaupun baru belajar trik-trik asas.

Jika anda berminat untuk mempelajari cara bermain skateboard dengan betul, dua lagenda skateboard Malaysia iaitu Joe Ipoh dan Boy Ipoh ada membuka kelas skateboard di Mont Kiara. Anda boleh lawati page Instagram mereka iaitu My Skateboard Lesson untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jadi macam mana, adakah anda bersetuju dengan trik-trik asas yang kami pilih ini? Ataupun, anda merasakan ada lagi trik asas yang boleh dipelajari? Jika ada, jangan segan-segan untuk memaklumkan kepada kami dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Kewujudan Sukan Skateboard di Olimpik Tokyo 2020 Dibantah

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.