Han Hyun Min, Model Kulit Hitam Korea Selatan Berhadapan dengan Isu Perkauman

Seorang remaja Nigeria yang merupakan model berkulit hitam pertama Korea Selatan bersinar dalam bidang fesyen walaupun berhadapan dengan isu racism yang meluas. Han Hyun Min kini dianggap sebagai bintang yang sedang meningkat naik dalam dunia peragaan Korea Selatan.

Sumber: Dailymail.uk

Meningkat naik dalam dunia glamor tidak datang secara percuma. Di sebalik kemajuan ekonomi dan kehebatan budaya, masih terdapat isu perkauman yang berakar di Korea Selatan.

Menurut japantimes.co.jp, kebanyakan warga asing di negara tersebut yang berasal daripada China dan Asia Tenggara, pekerja asing atau wanita-wanita yang berkahwin dengan lelaki luar bandar Korea Selatan tidak berjaya berjumpa pasangan tempatan yang mahu tinggal di bahagian luar bandar.

Diskriminasi terhadap mereka adalah meluas. Kebanyakannya diejek secara terbuka di  tempat awam dengan anggapan mereka kotor dan berbau, atau dihalang daripada memasuki restoran mewah atau tempat mandi awam.

Han turut menjadi saksi perbuatan membabitkan isu perkauman . “Semasa saya sedang bermain dengan budak-budak lain di sekolah, ada ibu-ibu yang menghalang mereka bermain dengan saya dengan berkata ‘Jangan bermain dengan budak macam itu’” katanya.

Seorang perempuan tua pernah bertanya kepadanya, “Kau buat apa dalam negara orang lain?”

Han berkata ketika itu dia ingin hilang daripada dunia itu. “Saya mahu jadi halimunan. Saya benci rupa saya yang menyerlah berbanding orang lain.” katanya kepada Japantimes.

Sumber: Tumblr

Han dikenalkan dengan dunia fesyen, menghadiri ujibakat dalam peragaan dan menyiarkan gambar-gambar beliau di media social sehingga ejennya Youn terlihat gambar beliau. Selepas melihat seorang remaja berumur 14 tahun membuktikan kehebatannya di jalan Seoul selama lima minit, Youn mengambilnya segera.

Kata Han. “Menjadi model fesyen berjaya menaikkan keyakinan saya. Sekarang saya suka dilihat orang lain, bukan lagi rasa malu.”

Beliau juga berharap untuk menjadi model contoh untuk kanak-kanak pelbagai kaum. “Saya mahu jadi lebih berjaya, bukan hanya untuk saya tetapi untuk orang-orang yang wakili.”

Sumber: Vouge

Baca lagi: 5 Gaya Rambut Neymar yang Paling Top

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *