Guna minyak masak berulang tingkatkan risiko sakit Jantung

minyak-masak

Walaupun mendapat kesukaran untuk mendapatkan minyak masak sekarang, pengguna disarankan tidak mengambil mudah dengan mengitar semula minyak masak. Ini kerana bagi mengelakkan penyakit jantung terjadi.

Pensyarah Program Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fa­­kulti Sains Kesihatan Uni­versiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan untuk menggoreng lebih daripada sekali.

Menurut beliau minyak masak tidak bolehi diguna lebih dari sekali kerana minyak yang dipakai semula mempunyai lemak tepu yang boleh mengakibatkan saluran jantung tersumbat.

“Apabila saluran jantung tersumbat, anda akan mengalami kesusahan untuk melakukan aktiviti fizikal yang lain.”

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Sukan, Uni­­ver­siti Malaya (UM), Dr. Sareena Hanim Hamzah berkata, penggunaan lebih daripada sekali untuk menggoreng akan menjejaskan kualiti minyak masak.

ads-body-soap

“Orang ramai dinasi­hat­kan menukar cara memasak dengan segera, selain bagus untuk kesihatan, langkah itu juga mampu mengelakkan daripada diserang sebarang penyakit kronik yang ber­pun­ca daripada makanan ber­minyak.

“Kaedah tersebut me­mang sedia ada dalam pan­duan pemakanan yang sihat dan mungkin inilah masa untuk kita mengamalkan pe­­makanan yang sihat,” jelasnya.

Itudia, oleh itu beritahu ibu anda untuk tidak menggunakan kembali minyak masak yang telah dipakai. Komen di bawah jika anda pernah lakukan.

Sumber: Utusan Malaysia

BACA: Sangkar Buaya Ini Tidak Sesuai Untuk Mereka Yang Punya Masalah Sakit Jantung

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *