Google Tampil Dengan YouTube TV

Kredit : CBC

Google membuat keputusan untuk menceburi industri televisyen dengan mengenalkan YouTube TV yang dilengkapi dengan 40 network untuk membawakan rancangan live terbaik bagi penonton.

Dengan keputusan ini, Google akhirnya memasuki zon yang penuh dengan saingan dari Verizon FIOS, Apple TV, Sling TV, Sony PlayStation Vue dan DirecTV Now.

Kredit : Fortune Dot Com

Kini, anda boleh melayari YouTube untuk menonton rancangan-rancangan televisyen secara Live Streaming di YouTube tanpa memerlukan televisyen. Saluran yang ditawarkan adalah seperti ABC, CBS, FOX, NBC dan banyak lagi.

Bagaimana mahu melayari YouTube Tv ini? Apa yang menarik perhatian? Berapa bayarannya?

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya tentang YouTube TV. Saya sertakan jawapannya sekali.

  • Berapakah bayarannya?

Servis ini boleh didapati dengan bayaran hanya 35 dolar sebulan. Kelebihannya adalah anda tidak terikat dengan sebarang kontrak. Anda boleh menamatkan servis bila-bila masa yang anda mahukan.

Dengan bayaran bulanan, anda boleh menggunakan sehingga ‘6 user’ yang boleh mengakses konten YouTube TV bila-bila saja yang mereka mahukan. 6 akaun boleh didapati dengan sekali bayaran sahaja.

  • Bilakah YouTube TV akan dilancarkan?

Pihak Google mahupun YouTube masih belum menyebar luas tentang tarikh pelancaran YouTube TV. Namun, mereka ada memberitahu, YouTube TV ini bakal dilancarkan di US dalam minggu atau bulan yang terdekat ini.

Kredit : The Atlantic

  • Apakah kelebihan YouTube TV?

Aplikasi ini dibuat teristimewa untuk telefon pintar. Jadi, anda mampu melayari siaran live dengan mudah hanya di telefon bimbit anda.

YouTube TV juga merangkumi ‘cloud DVR Storage’, di mana anda boleh simpan rancangan kegemaran anda dan melihatnya kembali pada masa yang anda mahukan.

  • Apakah perbezaan YouTube TV dengan Netflix dan Amazon Star?

Netflix menawarkan koleksi rancangan TV dan filem yang terbaru untuk ditonton. Berbeza dengan Netflix, YouTube TV menawarkan kesemua rancangan yang ada di televisyen. YouTube TV adalah seakan televisyen alaf moden yang baru.

Baca lagi : Moonlight Kalahkan La La Land di Oscar 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *