Google Dikecam buang Palestin Dari Peta

googlemaps

LAHORE 9 OGOS: Syarikat teknologi gergasi google menerima kecaman hebat  di seluruh dunia selepas didakwa bertindak membuang nama Palestin dalam aplikasi Google dan menggantikannya dengan nama Israel.

Barisan wartawan Palestin mengecam teruk tindakan Google yang memadam nama negara Palestin di aplikasinya dan antara permulaan bagi mereka untuk mengantikan Israel dan membuang nama Palestin buat selama-lamanya.

Google turut dikecam kerana itu juga langkah memutarbelitkan fakta dan geografi termasuk hak palestin terhadap tanah air mereka dan cubaan yang gagal untuk mengacau-bilaukan memori penduduk Palestin dan Arab khususnya.

Ada pihak yang telah menulis memorandum internet dan sehingga kini sudah seramai 116,00 pengikut yang tandatangan.

Google juga digesa agar mengembalikan hak Palestin kepada asal kerana perkara tersebut telah bertentangan dengan kelaziman antarabangsa.

Pengarang pungutan suara itu, Zak Martin menggesa Google untuk mengiktiraf Palestin dalam Google Maps.

Pengguna Twitter turut mempersoalkan tindakan Google me-ngenai kedudukan Palestin dalam aplikasi peta berkenaan.

Seorang pengguna Twitter melontarkan soalan mengapa Palestin dikeluarkan daripada Google Maps manakala pengguna bernama Zainab menyifatkan tindakan Google sebagai ‘amat memalukan’

 

info: Utusan Malaysia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *