Google Chrome Punya ‘Sesuatu’ Yang Baru

Google melancarkan pembaruan yang akan membuat browser Chrome 20 peratus lebih cepat. Raksasa teknologi California tersebut mendakwa bahawa dorongan kepantasan minimum yang pengguna lihat masih sebesar 10 peratus.

Namun, dorongan kepantasan ini hanya akan dialami oleh pengguna Android kerana pembaruannya adalah untuk browser di OS mobile yang dikembangkan Google.

Gambar hiasan: Google

Penguat kepantasan akan menjadi sebahagian dari update Chrome di Android yang masuk dalam versi 59. Google sebelumnya telah mengungkapkan rancangannya untuk meningkatkan kepantasan pada bulan April. Hal itu kerana adanya perbaikan pada mesin JavaScript V8 browser.

JavaScript banyak digunakan di laman web popular seperti Facebook, Twitter, Wikipedia dan Reddit. Menurut Google, mesin V8 lebih berkesan dan menggunakan lebih sedikit memori. Sehingga Chrome yang memuat halaman JavaScript yang berat, akan lebih cepat.

Gambar hiasan: Google

Pembaruan Google Chrome 59 (59.0.3071.92) juga berisi perbaikan kinerja dan stabiliti lainnya. Perisian Android anda harus memuatturun pembaharuan Chrome 59 secara automatik.

Google juga baru-baru ini mengungkapkan berita menarik tentang update blockbuster yang masuk ke Chrome di desktop dan di telefon bimbit. Pembaruan akan meliputi ciri-ciri built-in hard disk yang dikhabarkan, akan dikeluarkan pada tahun depan.

Gambar hiasan: Google

Wakil Presiden Senior Iklan dan Perdagangan, Sridhar Ramaswamy menerbitkan sebuah blog tentang update software yang akan datang. “Sebahagian besar pencipta isi kandungan online mengambil keuntungan pada pekerjaan mereka dengan iklan. Itu bererti mereka ingin iklan yang berjalan di laman mereka menjadi menarik, berguna dan menarik,” ujarnya.

Apple juga akan berharap untuk mengambil sebahagian dari pasar Google Chrome, setelah mereka mengungkapkan browser Safari baru yang mereka didakwa 80 peratus lebih cepat.

Browser Safari yang cepat akan hadir dengan sistem operasi MacOS High Sierra yang baru, dan akan dikeluarkan pada musim luruh ini.

Baca lagi: “Pirates Of The Caribbean” Tenggelamkan “Bay Watch”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.