Hero Filem Goblin Dilaporkan Menderita Penyakit Serius Akibat Terlampau Penat Bekerja

Gong Yoo kini yang mula mencipta nama setelah membintangi filem ‘Train To Busan’ dan yang terbaru drama ‘Goblin’ diberitakan mampu untuk memberikan saingan yang kuat terhadap Lee Min Ho yang turut hadir dengan buah tangan terbaru iaitu drama ‘Legend Of Blue Sea’.

Di tengah kegilaan drama ‘Goblin’, ada berita yang kurang menyenangkan yang menimpa Gong Yoo. Pelakon utama tersebut dilaporkan tengah menderita penyakit yang serius setelah mengalami keletihan akibat jadual penggambaran drama ‘Goblin’.

Gambar hiasan: Youtube

Berita tersebut muncul dari sebuah media Tiongkok, malangnya media terbabit tidak pula menyebutkan apakah penyakit yang dialami oleh Gong Yoo.

Berita tersebut akhirnya sampai juga ke telinga agensi yang menaungi Gong Yoo, Soop Entertainment. Pihak agensi tidak menafikan kesakitan yang dialami oleh Gong Yoo, namun menafikan bahawa penyakit tersebut adalah serius seperti di beritakan media Tiongkok.

Gambar hiasan: Soompi

“Memang benar bahawa jadual penggambaran drama Goblin sudah hampir ke bahagian final dan dia sangat letih. Tapi laporan berita itu adalah tidak benar sama sekali.

Khabar angin yang pertama kali diedarkan oleh media Tiongkok itu bagaikan disalahguna. Gong Yoo ketika ini dilaporkan masih lagi menyambung penggambaran dan dalam keadaan yang cukup baik

Gambar hiasan: M Magazine

Drama ‘Goblin’ kini sudah menemui penamatnya, namun bahangnya masih jelas terasa. Khabarnya kerana iklan yang digunakan di dalam drama tersebut, ‘Goblin’ juga berjaya dalam mendapatkan keuntungan yang jumlahnya hampir jutaan won.

Hal itu belum lagi termasuk dengan penjualan soundtrack ‘Goblin’ yang begitu laris hingga ke seluruh Asia dan kini menuju ke Eropah serta Amerika Syarikat.

Baca lagi: Sailor Moon Kini Sudah Sah Menjadi Isteri Kepada Ultraman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *