Golongan Millenial Lebih Kurang Melakukan Hubungan Intim

Golongan Millenial Lebih Kurang Melakukan Hubungn Intim

menshealth

Golongan Millenial lebih kurang melakukan hubungan intim kerana sibuk dengan Hashtag #foodporn #foodgasm.

Sebelum ini kita telah dilaporkan menerusi kajian, ianya diterbitkan di journal “Archives of Sexual Behavior”, yang mengatakan bahawa ibu bapa anda lebih kerap melakukan hubungan intim sepanjang hidup mereka.

Ini pecahan bagi kateogri mengikut zaman.

Greatest Generation (1901-1924): 3 
Silent Generation (1925-1945): 5
 Baby Boomers (1946-1964): 11
Gen X (1965-1984): 10
 Millennial (1985-2004): 8

ads-body-soap

Mungkin untuk anda berkongsi rahsia rumah tangga dengan kedua orang tua adalah bukan jalan penyelesaian. Ramai golongan millenial ini yang tidak kisah dengan kehidupan peribadi mereka tatkala leka dengan teknologi.

Menurut satu kajian ketika menjalankan temuramah pada 26,000 orang lelaki dan juga perempuan, ramai di antara mereka yang telah berkahwin jarang melakukan hubungan intim. Golongan millenial dan generasi y adalah di antaranya.

Menurut kajian tersebut, dengan adanya teknologi, ramai anak muda mudah mendapatkan pasangan namun disebalik keindahan teknologi banyak perkara yang berlaku akibat dari penyalahgunaan teknologi.

“Generasi ini lebih suka dengan keselamatan dan menitik beratkan keselamatan lebih dari segalanya, tidak salah untuk berasa selamat tapi jika mengabaikan salah satu dari nikmat dunia pun boleh mengundang parah.”

Menurut kajian itu juga, dengan lambakan filem pornografi menjadi punca mengapa golongan ini kurang melakukan hubungan intim. Selain dari itu mereka juga mempunyai pelbagai alternatif lain untuk memberikan keseronokan kepada diri sendiri (jika anda dapat agak apa dia)

Selain daripada itu juga ramai di antara pasangan yang masih duduk dengan orang tua di mana turut memberikan kesan kepada masalah hubunga intim yang berlaku di antara pasangan anda.

Menurut kajian juga hubungan intim di antara golongan millenial ini menurun sebanyak 55 % semenjak tahun 1991 kepada 41 % pada tahun 2015.

Golongan ini juga seringkali sibuk dengan teknologi dan juga lebih mementingkan makanan berbanding hubungan intim. Tengok sahaja pada laman instagram yang majoritinya memuat naik gambar makanan. dengan diletakkan hashtag #Foodgasm #Foodporn.

Menurut golongan Millenial ini lagi, dapat makan adalah lebih menyeronokkan berbanding melakukan hubungan intim.

Komen di bawah adakah sihat cara kehidupan golongan ini?

BACA: Letupan Di Ruang Udara, Penumpang Dilarang Guna Galaxy Note 7

Join us_New

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *