5 Cara Untuk Dapatkan Gigi Yang Lebih Putih

Gigi juga adalah aset terpenting untuk kaum lelaki. Memiliki gigi yang putih dan bersih akan membuatkan senyuman anda menjadi lebih menawan. Selain itu, gigi yang putih juga melambangkan anda seorang lelaki yang mengambil berat tentang kebersihan diri.

Gigi yang tidak bersih contohnya seperti, berwarna kuning atau gelap ataupun mempunyai cebisan-cebisan makanan yang melekat pada gigi akan menghilangkan seri pada wajah anda. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan mulut anda berbau dan mendatangkan rasa tidak selesa pada orang lain di sekeliling anda.

Oleh kerana itu, kami di Mensive ingin membantu anda mendapatkan gigi yang yang putih berseri dengan mengongsikan kepada anda 5 cara untuk gigi dapatkan gigi yang lebih putih.

1. Makan buah-buahan

Kredit foto: www.hd-wallpapersdownload.com

Amalkan makan buah-buahan untuk membantu anda mendapatkan gigi yang lebih putih. Buah-buahan seperti epal dan nenas adalah buah-buahan yang boleh memutihkan gigi anda dan turut dipanggil sebagai pembersih gigi semula jadi kerana kandungan malic acid di dalamnya membantu membersihkan bakteria serta melindungi gusi anda.

2. Ubat gigi

Kredit foto: www.bustle.com

Gunakan ubat gigi yang membantu menghasilkan gigi yang lebih putih dan berseri. Ubat gigi yang mengandungi arang turut dikatakan membantu menjadikan gigi anda lebih putih dan berseri. Penggunaan arang sudah diamalkan sejak dulu lagi dan kini ia dipermudahkan apabila muncul dalam bentuk ubat gigi.

3. Minyak kelapa

Kredit foto: humannhealth.com

Jangan sangka minyak kelapa hanya sesuai untuk melebatkan dan menghitamkan rambut, ia juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi anda. Ambil satu sudu teh minyak kelapa dan sapukan pada gigi anda. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci dengan air. Ini adalah teknik tradisional yang diamalkan oleh orang India sejak dulu lagi.

4. Garam

Kredit foto: www.egofelix.com

Bancuh garam dalam air dan jadikan ia sebagai cecair untuk berkumur. Gunakan satu sudu teh sahaja, jangan banyak sangat, nanti terlalu masin. Kumur dalam 30 saat dan buang. Selain membantu memutihkan gigi, ia juga boleh menghapuskan bakteria di dalam mulut.

5. Tukar berus gigi

Kredit foto: evoke.ie

Berus gigi yang anda gunakan sepatutnya ditukar selepas 3 bulan. Dalam tempoh itu, ia telah mengumpul pelbagai bakteria yang menyebabkan anda susah mendapatkan gigi yang putih. Gigi anda juga akan mengumpul lebih banyak bakteria dan boleh merosakkan gusi. Jadi, tukar berus gigi anda untuk mendapat gigi yang lebih putih.

Itulah dia 5 cara untuk dapatkan gigi yang lebih putih. Kami berharap dengan perkongsian ini dapat membantu meningkatkan penampilan diri anda di khayalak ramai di samping memiliki senyuman yang lebih menawan.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.